PELAKON Hafidz Roshdi mendedahkan hanya berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak sekitar dua hingga tiga jam sahaja pada September lalu. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata setakat ini dia masih belum menemui kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir mereka berjumpa di kediaman bekas isterinya di Perlis. “Saya masih belum berjumpa dengan anak-anak. Terakhir adalah bulan September lalu, jumpa dekat rumah bekas isteri. Hafidz akan ke Perlis untuk bertemu anak-anak. “Dua bulan sekali saya akan jumpa anak-anak kalau ada bajet. Sekali jumpa dalam dua hingga hingga jam sahaja,” katanya kepada mStar. Hafidz berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes hadanah yang difailkannya kepada Shuhada di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor pada Selasa. Dalam pada itu, Hafidz juga berkata dia tidak pernah menghubungi bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada. ARTIKEL BERKAITAN: “Itu privasi saya dan bekas isteri” - Hafidz Roshdi tak lupa tanggungjawab, tepis dakwaan culas bayar nafkah anak ARTIKEL BERKAITAN: JKM datang rumah siasat dakwaan abai anak, bekas isteri minta Hafidz Roshdi jangan zalim Malah, segala urusan berkaitan anak-anak melalui peguam dan bekas ibu mentua. “Saya hanya berhubung melalui peguam dan juga melalui ibu Shuhada. Saya memang tiada hubungi Shuhada,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes hadanah berkenaan. Sekali jumpa dalam dua hingga hingga jam sahaja HAFIDZ ROSHDI PELAKON Ia termasuk sebutan semula bagi kes hadanah penuh (kekal) dan interim (sementara). Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Puteri Umi Kartini pula berkata pihaknya sedang meneliti permohonan defendan (Shuhada) yang ingin memasukkan nama ibunya iaitu Wan Latipah Yusof sebagai penjaga. "Hari ini, defendan nak masukkan nama ibu dia sebagai pihak dan menuntut juga hak jagaan bagi dua anak mereka. Hafidz dan Shuhada hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hadanah. "Permohonan baru sahaja diberikan kepada pihak kami dan anak guam akan menelitinya sebelum membuat afidavit jawapan. Kes ini akan disebut semula pada 23 Januari tahun depan di hadapan hakim," katanya. Meskipun masih belum mencapai persetujuan bersama, Ummi berkata pihaknya terbuka untuk melakukan sebarang perbincangan dengan defendan berhubung hak penjagaan dua anak mereka yang kini menetap di Perlis. "Pada peringkat ini, kami bersedia untuk berbincang mengenai hak penjagaan penuh dan kami juga tidak nafikan defendan sebagai seorang ibu namun Hafidz sebagai bapa ada juga hak bertemu dengan anak. Anak-anak kini di bawah jagaan Shuhada. "Manakala kami juga memohon hadanah interim namun kami bersedia untuk sebarang tawaran penyelesaian secara baik," ujarnya. Hafidz sebelum ini memfailkan dua hadanah iaitu penuh dan sementara terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. Tuntutan hadanah penuh difailkan Hafidz selaku plaintif pada 18 April lalu dengan menamakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebagai defendan, manakala hadanah sementara pula difailkan pada 12 Mei lalu. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!