PERSONALITI media sosial dan usahawan Alif Teega menjelaskan rumah tangganya bersama isteri iaitu Aisyah Hijanah masih harmoni dan tidak dilanda masalah seperti dakwaan segelintir pihak. Alif atau Mohd Hazalif turut menyangkal dakwaan mereka sudah berpisah malah menjelaskan hantaran berhubung dia sudah 'move on' di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinan mereka. "Tiada apa yang berlaku. Ini adalah ujian dalam rumah tangga. Apa yang boleh kita buat adalah doakan sahaja agar diangkat segala kesulitan. Alif akui terkena sihir pemisah. "Kalau lihat posting saya di TikTok tentang move on, memang itu yang saya sering kongsikan. Namun tiada siapa yang dilepaskan. "Maaf jika perkongsian saya sebelum ini menimbulkan salah faham," katanya menerusi video di TikTok miliknya. Sebelum ini kecoh dikatakan hubungan mereka bermasalah disebabkan wujud orang ketiga yang cuba menggangu rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Staf nak bermadu dengan bos, tak malu jadi penyondol... Aisyah Hijanah ikhtiar selamatkan rumah tangga, bawa Alif Teega berubat ARTIKEL BERKAITAN: Seorang lagi Alif didekati ‘penyondol’... berani mesej Aisyah Hijanah minta bermadu Alif dalam masa sama turut menjelaskan mendapat tahu terkena sihir pemisah selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam "Aisyah ada bawa saya pergi berubat.. Tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama. Jawapan tentang ain, jawapan kedua adalah berkaitan dengan sihir pemisah," ujarnya. Dalam masa sama dia juga mengaku silap apabila tidak sengaja menegur isterinya itu secara terbuka ketika mengadakan sesi live di laman sosial. Alif dan Aiysah bersama dua anak mereka. "Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah serta pengajaran daripada apa yang terjadi. "Apa yang berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah untuk fokus kepada keluarga dahulu," jelasnya. Sebelum ini Aisyah turut berkongsi luahan masalah rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga yang juga merupakan bekas kakitangan mereka sendiri. Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!