suria

Influencer seksi curi barang keperluan termasuk sayur brokoli... Dipenjara sehari, denda RM400

Rumaisyah mengaku bersalah mencuri barangan di pasar raya.

PEMPENGARUH media sosial Rumaisyah Yahya dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan mencuri.

Rumaisyah, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Nurul Izzah pada Khamis.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap atau penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan Rumaisyah didakwa mencuri barangan antaranya pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dibuat pada Rabu kira-kira pukul 4.30 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Menurut fakta kes, Rumaisyah yang juga merupakan seorang pengajar yoga mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta kesan pembantu rumah... "Bagi layanan baik, gaji pun sedap"

ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu saya tiada duit" - The Rock borong coklat di kedai serbaneka, tebus kesalahan curi semasa remaja

Pun begitu, dia tidak membuat pembayaran bagi barangan berkenaan dan terus keluar dari pasar raya itu.

Tertuduh kemudiannya ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raa Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Muhammad Rhastdan Abdul Wahab memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

Untuk rekod Rumaisyah memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram namun hasil semakan mendapati akaunnya sudah dinyahaktifkan.

Menerusi laman sosial berkenaan Rumaisyah banyak berkongsi foto-foto seksi termasuk hanya mengenakan pakaian dalam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain