suria

Azhar Sulaiman tak sanggup rosakkan persahabatan, sudah masak perangai Sharnaaz Ahmad

Azhar masih berbaik dengan Sharnaaz.

PELAKON Azhar Sulaiman tidak mengambil hati dengan teguran dibuat aktor Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataannya tentang konflik di antara Palestin dan Israel baru-baru ini.

Azhar, 51, sebaliknya berkata, hubungannya dengan Sharnaaz juga masih baik malah cukup memahami dengan perangai pelakon tersebut.

"Behar (Azhar) dan Sharnaaz okay. Behar faham perangai dia. Tiada masalah besar," katanya.

Azhar 3

Sharnaaz juga enggan memanjangkan perbalahannya bersama Azhar.

Azhar menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia tidak mahu memanjangkan salah faham di antara rakan artis memandangkan dunia hiburan negara ini kecil.

Malah kata pelakon filem Abang 92 itu memberitahu menjadi satu kerugian jika hubungan yang sudah lama terjalin rosak disebabkan salah faham.

"Industri ini kecil dan saya tak mampu menampung untuk ada salah faham dengan sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur berlapik, Sharnaaz dah malas nak berbalah dengan Azhar Sulaiman... “Kau layanlah apa dalam kepala kau”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali ini saya buat habis-habisan...” - Sharnaaz Ahmad minta semua bersatu, boikot produk dan perkhidmatan ada kaitan Israel

"Rugi rosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin," ujarnya.

Sebelum ini, Azhar pernah memuat naik satu hantaran mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.

Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman teruk bukan sahaja daripada netizen malah rakan artis antaranya Sharnaaz.

Azhar 2

Sharnaaz tidak setuju dengan pendapat Azhar yang mengkritik tindakan Hamas.

Menurut Sharnaaz pendapat Azhar itu menunjukkan seolah-olah dia tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan 'budak-budak Tiktok'.

Azhar kemudiannya memuat naik satu hantaran video di Instagram menyatakan dia memberi sokongan kepada Palestin namum masih mempersoalkan tindakan Hamas menyerang Israel.

Bagi tidak memanjangkan lagi perbalahan, Sharnaaz memilih untuk tidak menghiraukan pandangan dilontarkan Azhar sebelum tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-kata digunakannya dianggap kasar bagi sesetengah individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain