PELAKON Datin Fadilah Mansor memberitahu ada pihak cuba mendekati dengan tujuan menjadikan dia sebagai isteri selepas lima tahun pemergian Allahyarham suami iaitu Datuk A. Rahman Hassan. Fadilah, 65, bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah mencari pengganti suami walaupun anak-anak tidak menghalang jika dia terbuka hati berkahwin lagi. "Kalau cakap fasal pengganti ada yang 'datang' tapi saya serah semuanya pada Allah. Saya tidak juga mencari. "Kalau Allah sudah jodohkan saya dengan individu tertentu, saya terima dengan hati terbuka. Fadilah tak tolak sekiranya ada jodoh lagi. "Anak-anak juga serahkan pada saya asalkan saya gembira nak menghabiskan masa di hujung-hujung usia ini," katanya kepada mStar. Fadilah berkongsi perkara itu semasa ditemui Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada 12 Pelakon Veteran pada Rabu lalu di Putrajaya. Dalam pada itu, Fadilah berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebagai pasangan hidup namun biarlah lelaki berkenaan sesuai dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Love, Mama’... Mat London sempat tulis nota terakhir untuk bekas isteri, foto raya jadi kenangan Fadilah Mansor ARTIKEL BERKAITAN: “Terbayang-bayang arwah turun tangga” - Fadilah Mansor sakit rindukan A Rahman Hassan, nekad keluar rumah Pelakon drama Sekadar Lafaz ini juga tidak menolak jika bertemu jodoh dengan individu dari dalam kalangan penggiat seni kerana menyifatkan mereka juga manusia biasa. "Tak kisahlah macam mana orangnya, dekat atau jauh... Pintu hati itu kalau nak terbuka luas, insya-Allah saya terima. "Orang industri juga manusia biasa, kita kena terima dengan hati terbuka. Kalau hati kata tidak mahu, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka," katanya. Tambah Fadilah, dia merendah hati apabila ramai memujinya masih jelita dan kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar. Fadilah lebih selesa sekiranya bertemu jodoh dengan seusianya. "Kalau ada kata saya masih cantik, Alhamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya," ujarnya. Untuk rekod, A Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada 13 Jun 2019. Fadilah dan A Rahman mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2014. Pelakon itu juga pernah berkahwin dengan Allahyarham Mat London namun pasangan itu bercerai pada 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!