suria

Adira dan Emma Suhaimi ‘auto’ menggigil tengok juri Famili Duo 3, perhati muka Mas Idayu senyum atau tidak

Adira dan Emma gementar setiap kali menantikan komen daripada juri.

WALAUPUN sudah tiga minggu bertanding, pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi tetap berdebar setiap kali berdepan dengan juri tetap Famili Duo musim ketiga (FD3).

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, dunianya seakan menjadi gelap setiap kali selesai membuat persembahan untuk mendengar komen juri iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Kata Adira, perasaan takut itu membuatkan penyanyi berkenaan menggigil ketakutan setiap kali turun daripada pentas.

"Sewaktu menyanyi memang kami tidak fikir apa tetapi habis sahaja muzik kami rasa takut sngat seperti dunia ini gelap.

Adira dan Emma sentiasa berdebar untuk mendengar komen juri.

Adira dan Emma sentiasa berdebar untuk mendengar komen juri.

"Kami tengok muka mummy (panggilan Mas Idayu) senyum ke tak, tapi kami tawakal sahajalah. Masa nak turun pentas itu rasa menggigil-gigil.

"Saya rasa macam tak boleh berdiri dengan betul apabila lihat muka abang Ajai dan mummy," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Adira dan Emma Suhaimi juara minggu ketiga Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak pernah bawa suami ke mana-mana acara hiburan, suami datang Famili Duo sebab anak

Dalam pada itu, Emma, 34, berkata, dia lebih memikirkan berkenaan jawapan yang bakal dijawab kepada pihak juri kerana bimbang dianggap kurang sopan.

Tambah Emma, mereka kini lebih tertekan untuk melakukan persembahan di minggu keempat selepas berjaya menjadi juara pada minggu lalu.

Sudah tentu pihak juri meletakkan harapan yang tinggi untuk pasangan ini mengekalkan prestasi mereka.

"Kalau anda perasan selepas menyanyi saya diam sahaja. Sebenarnya rasa takut sangat sebab takut tersalah jawab dengan juri.

"Nanti apabila menjawab dengan juri takut dikatakan kurang ajar... Tahulah mulut-mulut netizen ni.

"Sebenarnya kalau ditanya sama ada takut atau tidak dengan kritikan... Ya takut lebih-lebih lagi untuk persembahan minggu ini kerana minggu lalu kami sudah menjadi juara.

"Sudah tentu expectation juri akan lebih tinggi, takut diberikan harapan yang diluar kemampuan kami," ujarnya.

Selaku juara, Adira dan Emma diberi kelebihan untuk memilih tema lagu bagi minggu keempat dan mereka memilih genre dangdut dan hindustan.

Persembahan Adira dan Emma berjaya menjadi juara di minggu ketiga.

Persembahan Adira dan Emma berjaya menjadi juara di minggu ketiga.

Pasangan duo adik-beradik ini bakal membawakan lagu mashup Pantun Janda, Di Kocok-Kocok, Bole Chudiyan, Hareudang dan Diam Diam Jatuh Cinta.

Antara lagu-lagu lain yang bakal dibawa oleh para peserta termasuk Haqiem Rusli & Ariff Bahran (Janam Janam, Goyang Inul dan 100 Persen), Tom & Fuad Rahman (Humko Humise Chura Lo, Khushiyan Aur Gham Saheti Hai dan Angkat Kaki), Sharif & Syaiful Zero (Tujhe Dekha, Aankhein Khuli dan Aajkal Tere Mere Pyar Ke Charche).

Manakala Ryan & Adam Bakery (Aati Kya Khandala, Yang Penting Hepi dan Cinta Berkarat) dan Shila Amzah & Syahir (Penasaran dan Hampa Hatiku).

FD3 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain