ISTERI kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ibu kepada bekas anak angkatnya iaitu Qayyum didakwa melakukan penipuan terhadap pelbagai pihak. Datin Seri Nur Shahida, 38, mendedahkan wanita tersebut melakukan perbuatan itu dengan modus operandi menjual barang-barang preloved berjenama menerusi media sosial. Shahida yang pada awalnya mengabaikan perkara itu terpaksa bercakap secara terbuka mengenainya selepas menerima pelbagai mesej daripada mangsa penipuan ibu kepada anak angkatnya itu. Pendedahan Shahida di Instagramnya. "Saya sudah lama dan banyak kali sebenarnya dapat mesej tentang seseorang saya kenali sebelum ini telah menipu ramai orang. Saya mula-mula abaikan sahaja. "Tapi pagi ini (Sabtu) ada lagi seorang yang terkena. Saya juga sudah kena dulu," katanya. Shahida membuat pendedahan itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu. Usahawan itu juga turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar daripada mangsa yang menghantar mesej kepadanya tentang ditipu wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Bekerja ketika berpantang, Shahida tahu keupayaan badan sendiri - “Sama sahaja kalau selepas 40 hari makan macam-macam” ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri timang anak keenam, Shahida bertarung nyawa 15 jam dalam dewan bersalin - “Dia keluar tangan dulu bukan muka” Mereka juga meminta bantuan Shahida bagi mendapatkan informasi lanjut bagi menjejakinya. Dalam pada itu, Shahida berkata, dia mendedahkan perkara itu bukan mahu membuka aib sebaliknya bagi menyebarkan kesedaean kepada orang ramai agar tidak jatuh dalam perangkap sama. "Hati-hati ya dengan penipuan wanita terbabit. Janganlah kata saya nak buka aib... Ini kesedaran supaya yang lain tidak terkena. Hati-hati semua," ujarnya. Aliff dan Shahida bersama dua anak angkatnya, Qayyum dan Ameena. Shahida juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan agar berkongsi dengannya agar dapat membantu mangsa. Katanya lagi, dia tidak mendapat sebarang manfaat daripada pendedahan tersebut melainkan hanya berniat membantu lebih ramai daripada menjadi mangsa. "Jangan cakap saya nak dapat manfaat apa. Sebelum ini ada yang sudah terkena, hari ini ada lagi. Rupanya bila post, banyak lagi yang kena. "Saya hanya nak bantu supaya tidak ada lagi yang kena scam," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!