suria

Tarian budaya tempatan bawa tuah kepada Danny, muncul juara Battleground Malaysia: Road To Gold

Kumpulan Danny juara Battleground Malaysia: Road To Gold.

PERTARUHAN tarian dengan unsur budaya yang terdapat di Malaysia membawa tuah kepada kumpulan Danny apabila muncul sebagai juara pertandingan Battleground Malaysia: Road To Gold (#BTGMY) pada malam Jumaat.

Ketua kumpulan itu, Danny Lee Yu Xin, 29, berkata, mereka memilih mengetengahkan keunikan tarian tempatan kerana ia lebih menarik berbanding gerakan lain.

"Saya lebih gemar guna lagu-lagu dan tarian tempatan sebab Malaysia ada banyak budaya yang boleh diketengahkan.

"Dan ia berhasil, semua orang gembira dengan persembahan kami," katanya kepada mStar.

Kumpulan Danny berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Hasil kemenangan itu, Danny berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 manakala pasukan Lego mendapat tempat kedua dengan hadiah RM30,000.

Kumpulan Danny menjuarai pertandingan tersebut apabila berjaya menewaskan pasukan Lego di pusingan bettle dengan agregat 3-2.

Sementara, salah seorang ahli pasukan Danny iaitu Kayllash Thiagarajan pula berjaya membawa pulang RM25,000 selepas dipilih sebagai juara solo keseluruhan pertandingan berkenaan.

Battleground Malaysia: Road To Gold (#BTGMY) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Adira dan Emma Suhaimi juara minggu ketiga Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja merdu laung azan, rupanya adik Amir Sisi johan nasyid... Juara ‘The Chosen One’ banggakan Orang Asli

Dalam pada itu, Danny berkata, mereka juga tidak terlalu fokus kepada aspek teknikal tarian sebaliknya menyelitkan elemen komedi bagi menjadi persembahan itu menyeronokkan.

"Perancangan saya bukan hanya tertumpu kepada teknikal, yang saya mahu hanyalah untuk mereka berseronok dan enjoy di atas pentas. Idea dan koreografi saya hanya untuk berseronok sahaja," ujarnya.

Bagi Kayllash, 17, dia berasa teruja dan gembira apabila dinobatkan sebagai juara solo keseluruhan bagi pertandingan itu.

Kayllash Thiagarajan diumum sebagai juara solo keseluruhan.

Kayllash Thiagarajan diumum sebagai juara solo keseluruhan.

Tidak mempercayai kemenangan itu, Kayllash turut meluahkan rasa syukurnya kerana segala usaha yang dilakukan sebelum ini membuahkan hasil.

"Saya sangat teruja dan juga gembira. Dalam masa sama, segala usaha saya untuk pertandingan ini akhirnya berbayar dengan anugerah (juara solo) ini," ujarnya.

Tambahnya, dengan wang tunai yang diperolehnya itu, dia merancang untuk memasuki lebih banyak pertandingan-pertandingan besar bertaraf antarabangsa.

Peserta semasa pusingan battle.

Aksi mereka berjaya meraih perhatian juri.

"Dengan duit ini, saya akan masuk lebih banyak pertandingan sebanyak mungkin yang saya mampu. Saya mahu pergi ke taraf antarabangsa," katanya.

Untuk rekod, BTGMY anjuran Astro itu merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Daripada ratusan belia menyertai uji bakat, hanya tiga pasukan teratas yang melepasi pusingan akhir iaitu Lego Sam, Danny Lee dan Seven.

Pertandingan itu dihoskan Sherry Al-Hadad, Saint TFC dan Dennis Yin manakala Zizan Razak, Lip J, Pacman dan Zyko pula sebagai juri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain