PELAKON dan pengarah Dr Ahmad Idham menyelar sikap segelintir pelakon muda yang mengambil mudah soal kerjaya dan enggan menimba ilmu dalam meningkatkan mutu lakonan mereka. Kata Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, mereka yang hanya bergantung kepada paras rupa sukar untuk bertahan lama dalam industri kerana kini semakin ramai persaingan baharu. Baginya meskipun seseorang pelakon itu popular dan memiliki paras rupa, namun bakat mereka tidak akan bertahan lama sekiranya terlalu selesa berada di tahap sama. "Saya lihat pelakon sekarang ada jalan pintas masuk dunia seni, jadi mereka ambil mudah sehingga kurang mendalami ilmu lakonan. Bila masuk set penggambaran banyak perkara perlu diperbetulkan. Sebagai pengarah Idham amat teliti dalam pemilihan pelakon. "Ada juga antara mereka yang tidak mahu ambil kelas lakonan atas alasan mereka sudah membawa watak utama. Mereka tidak mahu keluar dari zon selesa. Muka kacak, badan elok tapi bila buat babak aksi tidak boleh. "Mungkin mereka mendapat permintaan tinggi sekarang tetapi tidak akan bertahan lama tanpa ilmu," katanya kepada mStar. Idham ditemui ketika majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Bukan Sekadar Lafaz yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun genggam PhD, Ahmad Idham ada ‘resipi’ bangunkan Port Dickson ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham senyum filem lama arahannya masuk FYP, nasihat pengarah muda jangan cepat ‘koyak’ Dalam masa sama Idham turut menegur sikap pengurus artis yang dianggap lebih sudu dari kuah kerana ia boleh menghancurkan kerjaya seseorang pelakon. "Ada pengurus yang lebih diva daripada pelakon. Baru hubungi beri tawaran mereka sudah letakkan harga tinggi tanpa bertanya karakter dan jalan cerita. "Bagi saya mereka ini tidak layak digelar pengurus. Mereka hanya pembawa pakaian atau driver sahaja. Pelakon sekarang perlu bersyukur kerana mereka dikurniakan luaran yang cantik. DR AHMAD IDHAM PELAKON/PENGARAH "Jadi saya nasihatkan mana-mana artis untuk pilih orang yang layak dan boleh berusuan dengan pihak produksi tanpa sebarang masalah," ujarnya. Sementara itu bercakap tentang drama lakonannya, ini merupakan penampilan terkini Idham sebagai barisan watak utama selepas lebih 10 tahun tidak serius beraksi di hadapan kamera. "Saya tidak pernah kata nak berhenti berlakon. Kalau ada tawaran yang menarik, saya akan terima. Drama Bukan Sekadar Lafaz menampilkan Wanna dan Alif sebagai watak utama. "Kalau boleh saya mahukan watak yang boleh memberi impak terhadap jalan cerita meskipun adalah watak sampingan," jelasnya. Selain Idham, drama arahan Idora Abdul Rahman ini turut dibintangi oleh Alif Satar dan juga Wanna Ali. Ia mula ditayangkan pada 17 Oktober lalu di slot Akasia di saluran TV3. Drama ini merupakan inspirasi dari novel dengan tajuk yang sama dan ia memaparkan kisah besar seorang wanita terperangkap dalam situasi tidak diingini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!