suria

Ernie Zakri terhibur kulit album disamakan macam botol bedak, 10 lagu wangi tepati citarasa peminat

Netizen suka dengan 10 karya terbaharu Ernie Zakri.

PENYANYI Ernie Zakri terhibur apabila menerima pelbagai reaksi peminat mengenai kulit album terbaharunya berjudul Aura yang dilancarkan pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mempersoalkan tindakan salah seorang peminatnya yang menggelar Aura sebagai album bedak.

Bagaimanapun peminat berkenaan turut memuji kesemua karya yang terdapat di dalam album tersebut kerana menepati citarasanya.

aura

Netizen kongsi foto bedak yang disamakan dengan album Ernie.

"Album ‘bedak’ ini cukup wangi dan lagu-lagu yang terisi dalamnya secantik visual.

"Bunyinya tidak monotonous rintih membosankan semata. Mendengar album ni semacam melayan jalan cerita yang lengkap ada liku, saat bangkit," katanya.

Bagi menjawab pertanyaan penyanyi berkenaan, rata-rata netizen berkongsi beberapa foto yang memaklumkan kulit album tersebut seakan beberapa produk bedak yang berada di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri cerita kisah hidup dalam ‘Aura’, mahu beri inspirasi kepada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Spotcheck’ tas tangan Ernie Zakri... sejak jadi ibu penuh resit shopping barang dapur, surat LHDN pun ada!

Malah ada yang berseloroh menganggap Ernie sebagai duta bedak di Malaysia.

"Kulit album itu macam beberapa jenis bedak dekat Malaysia. Warna pun lebih kurang macam iklan bedak.

"Kak Ninie ( Ernie) duta bedak Malaysia, bedak-bedak pun cantik," antara komen netizen.

Album Aura ini mengadungdi 10 buah lagu yang diolah khas oleh Ernie sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam menghadapi kehidupan harian.

erniee

Ernie harap Aura jadi peneman buat peminatnya.

Ia merupakan sebuah album yang membawa pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif dan menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang.

Bukan itu sahaja, penghasilkan Aura juga membabitkan ramai komposer dan penerbit selain mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie mempunyai beberapa permintaan khas.

“Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

"Jadi saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain