suria

Isteri Azmi Saat selamat bersalin anak perempuan, sepakat beri nama Khalisa Insyirah

Azmi syukur bayi dan isteri dalam keadaan baik.

ISTERI kepada penyanyi Azmi Saat iaitu Nazira Muhammad selamat bersalin anak perempuan di Pusat Perubatan Univsersiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 3.28 petang Isnin.

Menurut Azmi, 36, isteri dan bayi seberat 3.62 kilogram itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

Tidak menunggu lama, Azmi turut memberitahu dia dan isteri sepakat memberikan nama Khalisa Insyirah buat puteri sulung mereka itu.

123333

Azmi dan isteri timang anak kedua.

"Alhamdulillah, pukul 3.28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Bayi dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.

"Baby gebu, beratnya 3.62 kilogram. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Azmi Saat meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak - “Tunggu kami di syurga ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat persenda nama... Jihan Muse mengaku silap tidak sensitif, mohon maaf kepada Azmi Saat

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya Azmi turut berkongsi foto sambil mengendung anak perempuannya.

Untuk rekod, Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 2021.

Namun anak yang diberi nama Khairul Afnan itu meninggal dua selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain