suria

To'Ki dah jumpa rumah baharu, setahun sewa ditanggung Baitulmal

To'ki bersyukur sudah mendapat tempat tinggal baharu.

SELEPAS lebih sebulan mencari rumah sewa baharu, akhirnya penyanyi To'ki berpindah ke kediamannya yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 58, rumah dua bilik itu dibiayai sewa bulanan selama setahun oleh pihak Baitulmal.

"Alhamdulillah saya bersyukur pihak Baitulmal sudi untuk membayarkan rumah sewa ini selama setahun.

toki1 - 1

To'ki sedang sibuk dengan proses pemindahan ke rumah baharu.

"Selepas setahun nanti, saya akan membayar sewa rumah sendiri iaitu sebanyak RM850 sebulan," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hampa ini memaklumkan dia sedang sibuk menguruskan proses pemindahan selain melakukan ubah suai untuk menempatkan studio baharu bagi tujuan penghasilan lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: To'Ki keluar parang sebab mahu pertahan diri, rasa terancam kena serang tengah malam - "Jiran suruh balik duduk hutan"

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jumpa tapi dua bilik sahaja, To'ki masih mencari rumah sewa baharu ada ruang besar

Jelas To'ki, kemudahan studio itu dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang terlibat dalam pembabitan muzik di studio rakaman itu kelak.

"Sekarang ini saya masih penat mengemas rumah. Saya terlampau letih sangat sebab nak pindahkan bilik studio dari rumah lama itu bukan mudah.

Alhamdulillah saya bersyukur pihak Baitulmal sudi untuk membayarkan rumah sewa ini selama setahun.

TO'KI

PENYANYI

"Apa yang saya boleh katakan proses pindah rumah ini memang complicated. Saya mahu set up studio rakaman dengan baik... tak mahulah kalau orang datang nanti nampak studio saya seperti 'studio kampung' saja.

"Nanti yang datang ke studio saya itu penyanyi-penyanyi terkenal juga nak rakam lagu sebab itu saya mahu sediakan studio yang baik dan sempurna," ujarnya.

Sementara itu, To'ki memaklumkan tiada lagi isu membabitkan dirinya dengan pemilik rumah sewa sebelum ini dan segala salah faham diantara mereka sudah diselesaikan secara baik.

"Minta maaf saya terpaksa bercakap seperti itu kepada tuan rumah. Saya pun dah maafkan dia dan saya juga mohon maaf andai ada kekasaran daripada pihak saya.

"Saya cuma manusia biasa yang buat kesilapan. Bayangkan di tengah malam rumah anda didatangi sehingga enam ke lapan orang... sebagai seorang lelaki saya hanya mempertahankan keluarga saya," katanya mengimbas kontroversi itu.

e

Kisah To'ki sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Pada 9 Oktober lalu, pemilik unit kediaman yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad mendedahkan terdapat seorang penyanyi era 90-an enggan membayar sewa rumah berjumlah RM3,600.

Kata Liza, penyanyi itu pernah mengeluarkan parang ketika dia datang ke rumah itu untuk berbincang 18 September lalu.

Susulan tindakan di luar kawalan itu, Liza telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Setapak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain