SELEPAS melalui kemelut keluarga, penyanyi Nourul Wahab mengakui ada berhubung dengan anak sulungnya iaitu Ayu Nazirah. Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, bagaimanapun enggan mengulas konflik terjadi antara mereka kerana tidak mahu isu ini terus berlarutan. "Saya tahu ramai yang akan bertanya tentang hal ini namun buat masa sekarang saya tidak mahu memberi sebarang komen. Nourul enggan panjang isu kemelut bersama anaknya. "Saya tidak mahu perkara ini berlarutan. Saya serahkan semuanya kepada Allah dan biarlah masa yang akan menentukan semuanya. "Sebagai ibu mestilah saya ada berhubung dengan dia," katanya. Nourul mengulas mengenai perkara itu ketika sesi sidang media program terbaharu anjurannya yang bakal berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 25 November ini. ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis tiba-tiba berubah sikap, Nourul Wahab mengaku wujud selisih faham... “Ya saya kecil hati” ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab bertengkar dengan suami gara-gara isu selisih faham anak... “Dia nasihat minta saya bersabar” Program yang diberi nama Firetalk & Showcase With Nourul ini merupakan sebuah acara dia akan memberikan sesi motivasi kepada peserta terlibat dalam tempoh tiga jam penganjuran. Kata Nourul, dia terinspirasi untuk mengadakan program tersebut selepas mendengar pelbagai kisah suka dan duka dikongsi wanita bergelar ibu. "Apa yang terjadi juga memberi inspirasi kepada saya kerana ramai ibu-ibu yang turut berdepan dengan isu anak-anak sedang membesar. Sebagai ibu mestilah saya ada berhubung dengan dia NOURUL WAHAB PENYANYI "Ramai yang menghantar mesej kepada saya bercerita tentang kesedihan mereka. Sebagai manusia kita akan melalui perkata yang sukar dan setiap ujian itu akan ada sesuatu Tuhan akan berikan nanti," ujarnya. Dalam masa sama, Nourul berkata penganjuran program ini juga sebagai pengubat rindu buat peminat di Malaysia telah lama menantikan persembahan nyanyian Nourul. Istimewa buat peserta yang berdaftar, Nourul akan menyampaikan karya-karya popularnya selain lagu-lagu penyanyi kegemarannya yang lain. Nourul teruja bakal bertemu peminat di Kuala Lumpur. Malah dia juga berharap acara ini bakal dianjurkan secara tahunan sebagai satu program motivasi buat orang ramai. "Ini adalah cara saya untuk membantu orang ramai. Kita sering dengar dengan masalah kesihatan mental dan ramai yang tidak berani bercakap tentangnya. "Selalunya saya hanya adalah secara atas talian tetapi kali ini mahu bersemuka. Saya juga akan nyanyikan lagu-lagu penyanyi kegemaran saya dalam tempoh satu jam terakhir program berkenaan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!