suria

Syukur ibu sudah pulih kanser, Hady Mirza bersemangat insan tersayang sanggup datang KL tonton live Gegar Vaganza

Kehadiran ibu di pentas ASGV naikkan semangat Hady.

KEHADIRAN ibu sebagai penonton di auditorium memberikan semangat buat penyanyi Hady Mirza melakukan persembahan terbaik di konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.

Kata Hady atau Muhammad Mirzahady Amir, 43, ibunya Mardiana Ahmad, 67, yang baru sahaja pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak 2021 teruja kerana dapat menyaksikan persembahannya secara langsung pada malam itu.

"Sebelum ini ibu memang agak sukar untuk berjalan jauh kerana masalah kesihatan, jadi kehadirannya pada malam ini (Ahad) sangat bermakna kerana dia sanggup berkorban untuk datang ke Kuala Lumpur.

hady mirza 3

Hady gembira ibunya kini semakin sihat.

"Pada Januari lalu ibu saya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan ketika itu memang kami banyak menghabiskan masa bersamanya. Permulaan tahun yang agak sukar buat kami.

"Syukur sekarang dia sudah pulih selepas rawatan kemoterapi. Cuma masih perlu lakukan pemeriksaan," katanya kepada mStar.

Hady ditemui selepas berakhir konsert ASGV minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Minggu ini Hady berjaya menduduki tempat pertama menerusi persembahan lagu berjudul Romancinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Ezad Lazim banjir lagi, pukul 2 pagi terkandas jalan dinaiki air

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak sihat tapi rupanya Azharina sedang derita penyakit bahaya

Penyanyi berasal Singapura ini berkata meskipun perlu berulang-alik sepanjang penyertaannya di ASGV, itu bukanlah alasan untuk dia mengeluh.

"Jika sibuk dengan jadual di sini (KL) saya tidak akan balik Singapura. Syukur juga kalau sibuk sebab tak perlu nak melalui kesesakan lalu lintas.

"Penat dan tertekan adalah sebahagian dari pertandingan ini tapi saya menikmati setiap masa di progam ini. Saya dah pernah lalui di Gegar Vaganza 6 dahulu dan itu membuatkan saya lebih seronok kali ini.

hady mirza 2

Persembahan Hadi di minggu ketujuh ASGV berjaya pukau juri.

"Saya melihat tahun ini penuh warna. Pada awalnya dimulakan dengan kisah sedih ibu sakit, dan hujungnya saya gembira dapat menyertai ASGV.

Sementara itu Hady juga memberitahu lagu berjudul Kaki Judi nyanyian asal Datuk M Daud Kilau yang akan disampaikan pada minggu kelapan ASGV adalah satu kejutan dan cabaran besar buatnya.

"Kejutan yang diberikan untuk minggu kelapan boleh dianggap sebagai peluang. Terserah kepada semua peserta untuk gunakan peluang ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain