PENYANYI rap dan aktivis kemanusian Caprice meluahkan hasrat mahu menyusun semula strategi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Ia susulan presiden parti itu, Syed Saddiq Abdul Rahman pada Khamis didapati bersalah atas semua pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah (CBT), penyelewengan dana dan pengubahan wang haram. Caprice atau Ariz Ramli, 35, berkata, dia bersedia menghulurkan bantuan kerana menganggap masa depan negara bergantung kepada suara golongan muda. Perkongsian Caprice di Instastory miliknya. "Parti Muda kalau anda perlukan bantuan untuk menyusun semula strategi dan merombak parti boleh hubungi saya. "Saya sanggup menyertai parti kerana suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Didapati bersalah atas empat pertuduhan... Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta ARTIKEL BERKAITAN: Caprice padam semua hantaran berkaitan Ebit Lew dan Mondy Tattoo, terus berjuang bantu mangsa melalui peguam Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis. Dalam pada itu, Caprice turut membuka ruang tinjauan meminta netizen memberikan pendapat mereka sama ada dia patut membantu Muda atau sebaliknya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua kali sebatan terhadap Ahli Parlimen Muar tersebut. Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan terhadap Syed Saddiq. Sementara itu, dalam satu sidang media yang diadakan pada petang Khamis, Syed Saddiq mengosongkan jawatan presiden Muda serta-merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!