suria

Madammu disindir ‘Terpaling Pearl’, hanya pendapat peribadi mutiara tak sesuai digayakan dengan denim

Madammu digelar sebagai Terpaling pearl oleh netizen.

USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri disindir netizen sebagai 'Terpaling Pearl' susulan melontarkan pandangan aksesori itu tidak sesuai dipadankan dengan fabrik denim.

Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, sebaliknya berkata, video tular di media sosial itu hanya memaparkan sedutan yang sudah disunting dan tidak menunjukkan penjelasan panjang dibuatnya.

"Mungkin sebab video pendek yang netizen sunting itu membuatkan mereka hanya melihat sedikit sahaja sedutan penerangan saya.

"Saya hanya beri pendapat peribadi yang mengatakan mutiara tidak sesuai digayakan dengan pakaian denim dan hanya kelihatan cantik jika dipadangkan dengan baju tradisional.

Madammu menerima kecaman kerana berkongsi tip fesyen.

Madammu menerima kecaman kerana berkongsi tip fesyen.

"Tak sangka pula ramai salah faham dengan kenyataan saya itu.

"Bila saya dilabel 'Terpaling Pearl' saya tak kisah pun sebab bagi saya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam sesuatu perkara," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Madammu menjelaskan dia hanya menjawab soalan dilontarkan pengikutnya tentang tip berkaitan fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terserempak Zaiton Sameon jalan kaki, hajat Madammu nak bantu termakbul... Hati tersentuh lihat kepayahan selebriti veteran

ARTIKEL BERKAITAN: "Kayden aktif dan suka ketawa" - Madammu dedah wajah anak, foto buat followers ikut perjalanan IVF

"Sebenarnya pada waktu itu saya sedang buat live dan ada pengikut bertanya sama ada boleh dia pakai seluar jean dengan kemeja-T.

"Saya pun cakap jangan pakai jean dengan pearl nanti jadi mangsa fesyen. Itu sahaja sebenarnya," jelasnya.

Sebelum ini tular sebuah video memaparkan Madammu berkongsi cara betul menggayakan aksesori mutiara.

Susulan daripada itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menggelarkan usahawan itu sebagai 'Terpaling Pearl' kerana serba tahu tentang aksesori berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain