suria

“Syaitan dalam kepala buat sukar rasa cukup!” - Shalma derita kemurungan melampau, menangis sepanjang hari

Shalma mendedahkan dia menderita masalah kemurungan yang melampau.

PENYANYI Shalma Eliana mendedahkan dia menderita masalah tekanan mental yang teruk sehingga menyebabkan hilang selera makan selain tidak dapat memberi fokus kepada aktiviti seharian.

Shalma atau Shalma Eliana Bruhanutheen, 23, berkata, kemurungan yang dihadapi juga membuatkan dia sering berfikiran negatif sehingga menyebabkan dia menangsi setiap hari.

"Saya mengalami gangguan mental yang teruk... Cuba untuk buat diri saya berasa lebih baik tapi gagal.

"Menangis sepanjang hari, tak boleh makan atau fokus pada apa-apa pun. Masih tak pasti bagaimana mahu menjadi positif," katanya.

Shalma 2

Shalma memberitahu dia menangis sepanjang hari tanpa sebarang sebab tertentu.

Shalma mendedahkan perkara itu dalam satu hantaran video di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Shalma berkata, dia juga sudah menjauhkan diri daripada individu yang disifatkan sebagai toksik dalam kehidupannya demi menjaga kesihatan mentalnya.

Mengakui ia menyebabkan kesunyian, Shalma bagaimanapun sedang mencuba sehabis baik untuk belajar berdikari agar dapat membanggakan diri sendiri dan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana bersuara dakwaan kena ‘bomoh’, percaya Allah pelindung terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana kini dikenali sebagai Yana, Hati taruhan pertama bersama Yonnyboii

"Syaitan dalam kepala saya membuatkan saya sukar merasa cukup, kadang-kadnag saya tak faham mengapa saya menangis.

"Ia satu daripada fasa dalam hidup yang saya perlu hadapi dan saya tahu lambat laun saya pasti boleh menanganinya," ujarnya.

Disebabkan masalah dihadapi, Shalma mengakui muzik yang dihasilkan membantu dia menjadi lebih tenang.

Shalma 1

Shalma bakal melancarkan single terbaharu berjudul A Phase.

"Muzik sangat bermakna bagi saya dan setiap sokongan peminat juga memberi makna besar.

"Adakala (muzik) memberi saya kekuatan untuk teruskan apa saya lakukan, terima kasih semua untuk segalanya," katanya.

Menerusi perkongsian lain, Shalma memaklumkan bakal melancarkan single terbaharunya bertajuk A Phase pada 10 November ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain