suria

[V] Tia Jinbara gembira isteri mahu derma hati, Suzan kenang pengorbanan arwah besarkan 3 anaknya - “Dia pentingkan agama dan pendidikan”

Tia tidak sempat melakukan pembedahan merawat kanser hati.

ISTERI kepada Allahyarham Tia iaitu Suzan Ahmad menyifatkan suaminya itu sebagai seorang bapa yang sangat penyanyang meskipun terhadap anak-anak tiri.

Kata Suzan, 48, arwah suaminya itu juga sangat menitikberatkan soal agama dan pendidikan anak-anak kerana menyifatkan ilmu penting buat mereka.

"Anak-anak membesar dengan Tia sejak kecil, dia tegas dalam hal berkaitan agama, solat dan pelajaran. Katanya meskipun tiada duit tetapi pendidikan dan agama sangat penting.

Tia menjaga anak tiri sejak mereka kecil.

Tia menjaga anak tiri sejak mereka kecil.

"Saya masih ingat arwah sanggup tolak persembahan pentas kerana perlu hantar anak ke kelas tambahan. Dia yang selalu ada di rumah dengan anak-anak sebab saya bekerja di awal perkahwinan kami," katanya kepada mStar.

Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.17 malam Rabu di Hospital Shah Alam, Selangor disebabkan komplikasi kanser hati.

Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Jinbara meninggal dunia pada usia 53 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tia Jinbara meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Tia Jinbara perlu RM250,000 untuk jalani pemindahan hati segera, isteri sedia jadi penderma organ

Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 10.05 pagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor.

Dalam pada itu, Suzan berkata, arwah suaminya itu optimis dapat pulih daripada kanser hati selepas disahkan menghidap barah minggu lalu.

Tia juga gembira apabila mendengar perancangan bakal dilakukan bagi merawat penyakitnya itu termasuk pembedahan di India.

Dia juga tidak sabar untuk kembali sihat kerana ada perkara yang ingin dilakukan

SUZAN AHMAD

ISTERI TIA JINBARA

"Dia memang down selepas dapat tahu menghidap kanser dan saya terangkan kepada dia apa akan kami lakukan untuk rawatan, dia kembali bersemangat.

"Dia juga tidak sabar untuk kembali sihat kerana ada perkara yang ingin dilakukan," jelasnya.

Suzan sebelum ini turut memohon sumbangan berjumlah RM250,000 bagi bagi menampung kos pembedahan di India dan dia sendiri yang akan mendermakan hati untuk suaminya itu.

tia jinbara 3

Tia dan Suzan mendirikan rumah tangga pada 2009.

Selepas seminggu pihaknya berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM11,000.

"Dia suka apabila saya sendiri yang mahu derma hati. Saya akan lakukan apa sahaja untuk dia. Kebetulan kami dari kumpulan darah sama, jadi dapatlah saya dermakan hati.

"Soal wang sumbangan itu saya masih belum fikir lagi. Mungkin boleh digunakan untuk menampung kehidupan sebagai ibu tunggal selepas ini," jelasnya.

Untuk rekod, Tia dan Suzan mendirikan rumah tangga pada Mei 2009.

Suzan memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ahmad Naqiudddin, 22, Qystina Nayli, 20, dan Ahmad Nifail, 17 tahun.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain