suria

Kereta hilang kawalan ketika hujan lebat, Iman Troye trauma nak memandu

Iman kongsi detik cemas kereta hilang kawalan ketika hujan.

PENYANYI Iman Troye masih belum ada keberanian memandu sendiri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 1 November lalu.

Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, berkata, buat masa ini dia terpaksa bergantung harap daripada orang terdekat atau menggunakan perkhidmatan e-hailing jika ingin bergerak ke mana-mana.

"Sekarang sudah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100 peratus mengharapkan keluarga, kawan atau e-hailing," katanya.

iman troye 3

Iman takut untuk memandu sendiri selepas kemalangan.

Iman berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada awal pagi malam Rabu.

Dalam kejadian sebelum ini, kereta yang dipandu Iman hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan lebat.

Kemalangan itu menyebabkan tayar depan keretanya mengalami rosak teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin di jari manis timbul tanda tanya peminat, Iman Troye belum bertunang - “Calon pun tak ada lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Iman troye rakam semula lagu ‘Kesetiaan’, menangis kerana Siti Sarah... Rindu suara dan gelak tawa arwah

"Saya kemalangan baru-baru ini, hujan lebat dan jalan licin. Jadi kereta hilang kawalan.

"Baby Noah (kereta) dah tempang. Macam duduk antara dua sujud," ujarnya mengambarkan bahagian depan keretanya itu.

Akibat kemalangan itu, Iman mengalami bengkak pada bahaghia kaki selain kepalanya terhentak di tingkap kereta.

iman troye 1

Bahagian kereta Iman yang rosak akibat kemalangan.

Dia juga memberitahu tidak mengalami sebarang kecederan serius dan kini keadaan kembali pulih seperti biasa.

"Hanya cedera ringan sahaja sebab kepada terhentak dekat tingkat kereta, kaki bengkak dan telinga kanan rasa berdesing tidak boleh dengar apa-apa.

"Alhamdulillah semua sudah kembali normal," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain