suria

“Terima kasih darling!” - Mas Idayu papar sisi romantis, buat kejutan hari jadi suami di studio

Mas membuat kejutan sambutan hari lahir buat suami tercinta.

PENYANYI Mas Idayu membuat kejutan sambutan hari lahir untuk suami tercinta yang juga penerbit eksekutif TV3 Muhammad Sufian Che Isa.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkunjung ke studio program Muzik-Muzik di Glenmarie Shah Alam dengan bantuan hos Famili Duo 3 (FD3) iaitu Izzue Islam bagi menjayakan kejutan tersebut.

"Hari ini 9 November (Khamis) suami saya punya hari jadi. Mummy (panggulan Mas) pergi ke studio Muzik-Muzik.

"Umpan dia dengan kek kecil dahulu, lepas itu baru keluar kek besar! Terima kasih Izzue pandai jalankan kewajipan," katanya.

mas1 - 1

Mas tampil dengan sebiji kek buat suami.

Mas berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bersama kru produksi program berkenaan membawa sepotong kek sambil menyanyikan lagu hari jadi kepada Sufian.

Tidak lama selepas itu, Mas muncul membuat kejutan dengan membawa sebiji kek dengan nyanyian lagu hari jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami dedah jarang dapat jumpa Mas Idayu, tapi kalau depan mata macam pasangan baru bercinta!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tak percaya kembali bergelar isteri selepas 17 tahun punca air mata tumpah, sifat lucu suami tambat hati Mas Idayu

Selepas Sufian, 51, meniup lilin kek, pasangan itu dilihat berpelukan dan Mas sempat memberikan kucupan terhadap suaminya itu.

Sufian turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta dan rakan-rakan kerana mengingati hari lahirnya.

"Terima kasih darling (panggilan Mas)... Terima kasih kawan-kawan sebab ingat birthday saya," ujarnya.

mas2 - 1

Pasangan ini berkahwin pada 16 September tahun lalu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemesraan yang ditunjukkan juri tetap FD3 itu dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

"Saya pula yang tersipu-sipu tengok Mummy dan Daddy (panggilan Sufian) beraksi romantik.

"Terima kasih darling. Sukanya dengar kalau suami panggil isteri macam tu. Semoga berkekalan ke akhir hayat," tulis netizen.

Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain