PELAKON Lufya Omar meluahkan rasa kecewa apabila kesemua jemaah yang berada di Tanah Suci Makkah dilarang mengenakan pakaian berlambangkan negara Palestin. Lufya, 38, berkata, dia tidak pasti punca larangan itu dilaksanakan namun berpendapat setiap orang berhak menunjukkan sokongan kepada Palestin. "Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa? "Kita sepatutnya tunjukkan rasa sayang, sokong dan melindungi saudara kita di Palestin," katanya. Lufya kini sedang berada di Tanah Suci Makkah. Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dirinya mengenakan jubah yang memiliki warna seakan bendera Palestin. Menurut Lufya peperangan di antara Palestin dan Israel sudah hampir sebulan dan ia sepatutnya dihentikan serta-merta. Sehubungan itu, Lufya berharap orang ramai terus mendoakan saudara Islam yang sedang berjuang ketika ini di bumi bergolak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Omar warning dedah video bekas suami, minta Julia Farhana tutup mulut guna nama anak... beri 24 jam buat permohonan maaf ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana mohon maaf menerusi WhatsApp, Lufya minta jangan lagi jolok ‘sarang tebuan’ "Ini sudah memasuki 30 hari pertumpahan darah! Stop! Stop! Stop! Berhenti membunuh! "Jom sama-sama terus doakan untuk Gaza, Allahuakbar! Doakan yang tak putus setiap sujud akhir dalam solat anda untuk Palestin. "Semoga Allah berikan kemenangan besar buat mereka, selamatkan Palestin," ujarnya. Lufya minta orang ramai terus mendoakan Palestin. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan segala isu duniawi tidak dibenarkan di Kota Suci Makkah kerana ia merupakan tempat ibadah. Bagaimanapun, Lufya membalas dirinya bukannya membuat perarakkan di sana sebaliknya hanya menunjukkan sokongan sahaja. "Kita bukannya bawa sepanduk bendera, menjerit-jerit buat demo. Baju saja rekaan Palestin untuk sokongan dan kasih sayang. Alasan saja semua itu," jawabnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!