PRIHATIN dengan mangsa keganasan di bumi Palestin, penyanyi dan komposer Faizal Tahir sanggup menjual barangan peribadi sebagai inisiatif menghulurkan bantuan ke negara bergolak itu. Tampil menganjurkan acara Faith4Palestine, Faizal, 45, turut mengajak penonton mendalami isu-isu negara berkenaan melalui sesi podcast bersama aktivis Nadir Al-Nuri. "Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakah sesi perbincangan terbuka dan juga bidaan barang peribadi saya. Kutipan tiket akan disalurkan kepada Palestin. "Acara ini adalah satu usaha untuk membantu rakyat Palestin yang kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu berfaedah apabila pulang ke rumah nanti," katanya. Menerusi acara ini, pengunjung akan diberi pendedahan tentang sejarah Palestin yang bertujuan menerangkan cabaran dihadapi oleh penduduk di sana susulan perang. ARTIKEL BERKAITAN: Isu buli buat Faizal Tahir bimbang, didikan perlu bermula dari rumah... Minta jangan salahkan guru semata-mata ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jaga perasaan isteri, Faizal Tahir dah tak buat lagu ‘jiwang’ Tidak hanya itu, Faizal juga menyeru sokongan ramai untuk sama-sama membantu mereka dan sesi terbuka itu akan memberi pendedahan tentang langkah-langkah menyalurkan sumbangan. Dalam acara yang berlansung pada 12 November ini, Faizal juga akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan akustik bersama artis jemputan, Syamel. Faizal sampaikan mesej kemanusian dalam lagu. "Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti," ujarnya. Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!