PELAWAK Ali Puteh tidak menyangka sudah 13 tahun berlalu ketika dia bersama arwah abangnya iaitu Abam mengambil keputusan melibatkan diri dalam dunia hiburan. Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, daripada anggan sebelum memberanikan diri menyertai uji bakat, mereka akhirnya berjaya merialisasikan impian bergelar pelawak. "13 tahun berlalu. Pelbagai duri onak di lalui. Bermula dari 2010 hingga kini. "Bermula daripada angan-angan bersama arwah Abam, pelbagai uji bakat kami sertai untuk cuba menjadi penghibur dan akhirnya berjaya," katanya. Ali akan meneruskan impiannya meskipun tanpa Abam di sisi. Ali berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memuat naik beberapa kejayaan yang diperolehi dalam beberapa pertandingan sebelum ini. Dalam pada itu, Ali berkata, sepanjang tempoh itu juga pelbagai perkara sudah dilalui sebagai anak seni namun menganggap semua itu sebagai pengajaran bermakna dalam hidup. Kata Ali lagi, dia tetap akan meneruskan impiannya meskipun Abam tidak lagi berada di sisinya. ARTIKEL BERKAITAN: Hidayah tuntut hutang, Ali Puteh tetap masak sambal macam biasa - “Tak mahu layan, fokus berniaga” ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran berlakon kurang, Ali Puteh rancak berniaga pakaian kanak-kanak dan minyak wangi di TikTok "Tapi tu semua tinggal kenangan, pahit manis gelak tawa sedih menangis semua itu pembelajaran. "Dulu berlayar bahtera, kini mendayung sendirian. Akan ku simpan semua kenangan ni. "Belajar dan terus belajar. Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Terus mendayung ke destinasi, sebelum diusung dan tinggal sendiri," ujarnya. Untuk rekod, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!