suria

Mahu mula kehidupan baharu, Aniq Suhair botakkan kepala selepas selesai umrah

Aniq muncul dengan penampilan baharu.

PELAKON Aniq Suhair membotakkan kepalanya selepas selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, dia menganggap perkara itu bukan sahaja sebagai salah satu rukun menunaikan umrah tetapi permulaan baharu selepas dilanda pelbagai ujian sebelum ini.

"Semoga luruhnya rambutku ini seperti mana luruh dosa-dosaku. Mari kita mulakan semula. Botak era!," katanya.

Aniq yang kini berada di Tanah Suci Makkah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Aniqq 1

Aniq kini berada di Makkah bagi mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar perubahan yang dibuat Aniq akan mendatangkan kebaikan kepadanya.

Malah ramai berharap pelakon itu terus kekal dengan niat untuk berubah ke arah kebaikan.

"Semoga Aniq terus istiqamah, botak pun handsome," antara komen netizen.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan hamil dan minta wanita gugurkan kandungan berniat jahat, Aniq Suhair ambil tindakan undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair tampil mohon maaf, mengaku silap buat tuduhan tak benar

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pelakon tersebut enggan bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.

Nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah seorang pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Bagaimanapun, wanita berkenaan menarik balik kenyataan dibuat dan mendakwa dia memfitnah Aniq.

mStar sebelum ini pernah melaporkan Aniq meminta sesiapa yang ada menyimpan fotonya tidak menutup aurat agar memadamnya.

Aniq berkata, dia menyedari perkara itu sebagai salah malah dalam proses memperbaiki diri menjadi seorang lebih baik di sisi agama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain