suria

Fattah Amin belum puas cabar diri, peminat mahu lebih banyak watak aksi selepas kejayaan ‘Mat Kilau’

Fattah ubat rindu peminat menerusi Akasia TV3.

SEPANJANG 10 tahun bergelar anak seni, pelakon Fattah Amin memberitahu dirinya tidak pernah puas meskipun telah menjayakan pelbagai jenis watak.

Enggan terlalu selesa memegang karakter sama, Fattah, 33, berkata dia sentiasa mendengar pemintaan peminat yang mahukan dirinya lebih banyak membintangi filem aksi.

"Sepanjang 10 tahun saya dalam industri macam-macam watak saya dah cuba, Alhamdulillah. Dari aksi, seram, romantik dan komedi pun dah cuba. Tapi saya masih tak puas lagi.

Snapinsta.app_378425330_637362185192332_1565888936747349792_n_1080

Fattah sentiasa dengar pemintaan peminat.

"Saya selalu anggap diri saya ini sebagai produk, bila kita anggap sebagai produk kita perlu ada demand.

"Saya juga dengar daripada peminat saya, mereka dah biasa saya dengan watak romantik tapi selepas filem Mat Kilau mereka minta saya banyakkan lagi filem aksi untuk projek seterusnya. InsyaAllah akan ada," katanya.

Menurut Fattah dia sentiasa mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada gurunya sebagai persiapan sebelum memulakan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin, Tomok, Pekin Ibrahim antara 28 penggiat seni berjaya tamat pengajian di UUM, siap dapat anugerah dekan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa kata saya main-main menyanyi?” - Fattah Amin pernah ada 'band' ketika zaman kolej

Ini kerana baginya sekadar membaca skrip sahaja tidak cukup untuk dia menghayati watak diberikan.

"Untuk filem sebelum mula penggambaran memang saya akan ada persiapan sendiri. Saya akan jumpa cikgu-cikgu saya untuk bantu saya.

"Bagi saya filem ini tidak hanya boleh buat sendiri dengan hanya baca skrip tapi dengan bantuan cikgu akan buat kita lebih faham," ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Fattah memaklumkan bakal muncul menerusi slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

fattah

Fattah mahu teroka lebih banyak watak berbeza.

Bukan itu sahaja, Fattah juga kini sedang berjinak-jinak sebagai pengarah filem di bawah produksi Fazura Pictures.

"Saya dah lama juga tak muncul dekat Akasia pukul 7 itu, tak silap saya Mr Perfect kira-kira 10 tahun lalu.

"Difahamkan saya akan bergandingan bersama Wana Ali. Tajuk dan cerita pun menarik, kami akan jalani penggambaran di Makkah dan akan mula pada 15 November nanti," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain