TEKA-TEKI Nabila Razali bakal menamatkan zaman dara akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mendedahkan sudah menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani. Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar dia dilamar Iruwan bersama lagu latar dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi berjudul New Chapter. "I said yes," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan. Foto cincin di jari manis Nabila sebelum ini mendapat perhatian ramai. Sebelum ini timbul desas-desus mendakwa penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 13 November (hari ini). Pun begitu, Nabila hanya memuat naik foto memaklumkan dia sudah menerima lamaran Iruwan. Sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunagan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nabila Razali sudah bertunang dengan bekas pelumba litar, pengurus pun baru tahu ARTIKEL BERKAITAN: "The countdown is on" - Nabila Razali beri bayangan sedang hitung hari bahagia, peminat doa majlis dipermudahkan Menerusi temu bual bersama mStar, Nabila juga memberitahu cincin di jari manis yang dikatakan tanda sudah bertunang adalah sekadar aksesori biasa. Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menhormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia. Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!