HASRAT pelakon Nabila Huda mahu tidur selepas seharian berada di set penggambaran terbantut apabila kucing kesayangannya kencing di atas kepalanya. Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, disebabkan itu dia terpaksa mandi buat kali kedua selain mencuci bantal yang terkena air kencing kucingnya iaitu Aoki. "Sampai rumah dari set penggambaran pukul 11.30 malam, terus mandi dan baring sebab penat. Lega rasa dapat baring, kita pun ambil mood nak tidur. Nabila memaklumkan tragedi tersebut di halaman Twitternya. "Selepas itu kucing pun naik (atas katil) nak tidur bersama. Tiba-tiba kepala rasa basah, Aoki kencing dekat kepala mak dia! Rambut basah, bantal basah. "Tak fasal-fasal 12 malam masuk bilik air untuk mandi semula dan kena basuh bantal," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda geram sikap penonton salah guna ruang VIP Zepp KL, buang puntung rokok atas karpet - “Bila saman kau marah” ARTIKEL BERKAITAN: Ubat kecewa peminat, Nabila Huda anjur konsert Payung Teduh X Sore kali kedua Nabila berkongsi kejadian itu menerusi hantaran di laman X miliknya. Bagaimanapun, Nabila reda dengan kejadian itu memandangkan kucing kesayangannya itu sudah tua dan ia bukan kali pertama berlaku. Nabila Huda dan kucing kesayangannya Aoki. "Nasib baik dia sudah atok (tua). Ini kali kedua tau selepas beberapa tahun," jelasnya. Menerusi hantaran berbeza, Nabila memberitahu Aoki adalah haiwan peliharaan pertama miliknya dan dia sudah membela kucing itu sebelum anak sulungnya Keisha dilahirkan. "Saya sangat mahukan anak ketika itu dan Aoki adalah anak pertama saya. Kemudian, Keisha ada dalam perut pada tahun berikutnya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!