VOKALIS kumpulan Radja Ian Kasela mengambil peluang memperkenalkan dua anak lelakinya iaitu Hugo Kasela dan Farell Kasela kepada peminat menerusi Live In Concert Radja yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Ahad. Ketika menyampaikan lagu Aku Ada Karena Kau Ada, Ian atau Iandika Mulya Ramadan, 47, turut menjemput Farell untuk menyanyi bersamanya. Baharu berusia 16 tahun, penampilan Farell berjaya mencuri perhatian penonton namun remaja itu kelihatan malu ketika beraksi di hadapan 5,000 penonton di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Pun begitu, abangnya Hugo ketika menyanyikan lagu duet Cinderella bersama bapanya kelihatan lebih mesra dan bijak berkomunikasi bersama penonton. Penonton sempat bergurau dan bersorak 'Radja and famiy' ketika Ian memperkenalkan dua anak lelakinya itu. Radja menghiburkan lebih 5,000 peminat di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja kedua-dua anaknya habis membuat persembahan, Ian memberitahu peminat untuk mengikuti Hugo dan Farell di media sosial mereka. Penyanyi itu sempat bergurau dan meminta anaknya untuk follow back selepas peminat mengikuti mereka di media sosial. "Mudah-mudahan mereka (Hugo dan Farell) membawa cerita yang baik tentang membuat persembahan di sini. ARTIKEL BERKAITAN: Radja trauma insiden ugut bunuh penganjur konsert, bukan penghalang hibur peminat di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak kumpulan Radja trauma insiden diugut bunuh, batal semua jemputan ke Malaysia "Anda (penonton) semua boleh follow Hugo dan Farell di Instagram. Tetapi janji ya selepas mereka ikuti kamu (Hugo dan Farell)... Kamu kena follow back mereka semula," katanya. Konsert itu bertambah istimewa apabila ratu rock negara Ella turut hadir pada konsert berkenaan. Kemunculan Ella atau Nor Azila Aminuddin, 57, di pentas menerima sorakan gemuruh dari penonton dengan membawakan dua buah lagu Radja iaitu Jujur dan Takkan Melupakanmu sebagai acara penutup. Menurut Ian, ini merupakan pertemuan pertama kali mereka biarpun sebelum ini Ella pernah menyanyikan semula lagu nyanyian mereka berjudul Jujur. Penampilan istimewa Ella dinantikan peminat. Kata Ian, dia terpesona melihat kecantikan penyanyi berkenaan dan mempelawanya untuk membuat persembahan di Indonesia. "Sejak Ella menyanyikan semula lagu Jujur pada 2008, kami belum pernah berjumpa dan malam ini (Ahad) buat pertama kali kami beraksi di pentas yang sama. "Saya terkejut kerana melihat Ella begitu cantik sekali. Kalau penonton semua setuju, saya mahu ajak Ella ke Indonesia," ujarnya. Radja yang dianggotai Ian, Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (drummer) mempersembahkan 16 buah lagu termasuk Bulan, Wahai Kau Cinta, Benci Bilang Cinta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!