suria

[V] Sharif dan Syaiful ‘tunggang’ isu Palestin raih undi, mahu salur wang kemenangan bantu mangsa perang

Sharif dan Syaiful mahu terus berkongsi rezeki dengan golongan tidak berkemampuan.

PASANGAN adik-beradik Syaiful dan Sharif sedar apabila ada sesetengah pihak mendakwa mereka menggunakan isu Palestin bagi meraih undian penonton menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3).

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, berkata, mereka sudah lali dengan pelbagai tuduhan dilemparkan namun mengakui undian sangat penting bagi membolehkan mereka merialisasikan bantuan kepada mangsa perang di bumi bergolak tersebut.

Malah Sharif tidak menolak menggunakan isu Israel-Palestin dalam usaha meraih undian kerana mahu membantu masyarakat di Semenanjung Gaza.

Snapinsta.app_401166305_18404112790053262_6706960464214544525_n_1080

Izzue serahkan RM10,000 kepada Sharif dan Syaiful.

"Terpulang kepada mereka yang menilai kerana saya tahu orang Malaysia memang prihatin. Jadi komen negatif kami memang sudah lali... Orang anggap kami meraih undi? Ya!

"Setiap pertandingan memang kita kena meraih undi untuk kita kekal bertanding. Kami memang menggunakan ia sebagai cara meraih undi demi membantu Palestin," katanya kepada mStar.

Sharif berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam yang berlangsung pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati... Syaiful, Sharif nak derma wang kemenangan mingguan Famili Duo 3 kepada tabung Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Syaiful dan Sharif Zero buat kejutan, peserta keenam Famili Duo 3

Dua beradik itu kembali menjadi juara mingguan selepas memperoleh markah sebanyak 73.9 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai RM10,000.

Dalam pada itu, Sharif berkata, tuduhan terhadap mereka bukan kali pertama terjadi malah adiknya Atu Zero pernah mengalami nasib sama sebelum ini.

Kata Sharif, mereka hanya berniat mahu berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan kerana mereka sekeluarga juga pernah merasai kepayahan hidup.

Kami memang guna ia sebagai cara meraih undi demi membantu Palestin.

SHARIF ZERO

PELAWAK/PENYANYI

"Sebelum ini Atu ada beli van jenazah dekat kampung kami pun jadi isu. Ada mengatakan itu cara kami nak kekal relevan dalam industri.

"Kami pernah hidup susah, dekat kampung kami itu lagi banyak orang yang susah. Kenapa rezeki yang kami ada ini tidak digunakan untuk bantu mereka?

"Dekat Palestin juga sama, jadi kami hanya mahu berkongsi rezeki," ujarnya.

Snapinsta.app_401105290_18404103721053262_6256114246408140971_n_1080

Persembahan Sharif dan Syaiful pukau juri dan penonton.

Seperti dijanjikan seperti sebelum ini, Sharif memaklumkan sebahagian duit dari kemenangannya pada minggu kelima akan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin.

Sebelum ini, dua beradik itu bercadang mendermakan wang kemenangan mereka itu kepada Palestin memandangkan telah menyimpan impian tersebut sejak awal lagi.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain