suria

Liza Hanim, Noryn Aziz dan Nikki Palikat terselamat, ASGV minggu ke-8 tiada penyingkiran

Liza Hanim antara tiga peserta markah terendah minggu ini.

KESEMUA 10 peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) mampu menarik nafas lega apabila pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu kelapan yang berlangsung pada malam Ahad.

Ini bermakna mereka mara ke minggu berikutnya yang bertemakan duet 2.0.

Pada pertandingan minggu ini, penyanyi Singapura Aliff Aziz mendahului kesemua peserta dengan markah sebanyak 78 peratus diikuti Naqiu (77.75 peratus) dan Tomok (74.75 peratus).

nikki palikat 1

Nikki Palikat mendapat markah paling rendah.

Manakala tiga peserta dengan kedudukan terendah adalah Liza Hanim dengan markah 62.5 peratus, Noryn Aziz (57 peratus) dan Nikki Palikat (56.50 peratus).

Dalam pada itu, Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan tiada yang istimewa, kucar-kacir... Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak puas hati masih kekal di GV... Aliff Aziz minta fikir dulu sebelum tulis komen, ingat akhirat

Untuk rekod, ASGV bersiaran selama 12 minggu sementara malam akhir program realiti itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain