suria

Langkah senyap membuahkan hasil, Meerqeen beli kereta idaman G-Wagon RM1.5 juta

Meerqeen akui kerja dalam senyap membuahkan hasil.

PELAKON Meerqeen berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes-Benz model G-Class atau G-Wagon selepas bekerja keras selama tiga tahun sebagai anak seni.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, kejayaan memiliki kenderaan mewah itu disifatkan sebagai langkah senyap yang akhirnya membuahkan hasil membanggakan.

Dianggarkan G-Wagon berharga RM1.5 juta.

"Langkah senyap, impak yang kuat. Alhamdulillah Ya Allah.

m2

Meerqeen kongsi khabar gembira bersama peminat.

"Alhamdulillah, syukur rezeki Allah. G-Wagon adalah kereta idaman saya," katanya.

Menerusi perkongsian di laman X miliknya, Meerqeen turut memuat naik foto dia bersama kereta idamannya itu.

Dalam pada itu, Meerqeen berkata, dia membeli kereta itu bukan sahaja sebagai memuaskan hati sendiri tetapi berharap ia dapat menjadi pemangkin semangat dalam kariernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak bapak aku kau jangan main” - Meerqeen hilang sabar netizen kait ibu bapa, tak perlu canang usaha bantu Palestin

"Tak tahulah nak simpulkan macam mana. G-Wagon ini untuk memuaskan hati sendiri dan juga menjadi lebih bersemangat," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminatnya turut gembira dengan pemncapaian yang diperolehi pelakon muda itu.

Malah dia juga menyarankan agar Meerqeen membeli sebuah rumah sebagai pelaburan seterusnya.

"Alhamulillah, tumpang bangga dengan awak Meerqeen. Mungkin lepas ini boleh beli rumah pula sebagai pelaburan.

"Kerja keras membuahkan hasil, lepas ini nak tumpang boleh," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain