PENYANYI Tom tampil membuat permohon maaf susulan menggunakan perkataan kulum yang dianggap tidak sopan semasa menjawab pertanyaan juri selepas selesai membuat persembahan pada konsert Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad. Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, dia tidak mempunyai sebarang maksud 'kotor' sebaliknya ingin menjelaskan tentang masalah sebutan dihadapi ketika menyanyi. "Saya minta maaf tersebut perkataan itu tapi maksud saya itu nak beritahu saya menggulung perkataan. "Saya takut tersalah cakap tapi saya sebut pun sebab sebelum ini pernah dikritik dan individu berkenaan menggunakan perkataan sama... Jujur saya memang tidak ada maksud apa-apa," katanya kepada mStar. Tom akui bukan maksudkan perkataan yang tidak baik. Tom menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam. Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Tom memberitahu dia memang mempunyai masalah dalam menyebut perkataan tertentu jika menyanyi dalam bahasa Melayu. Kata Tom, perkara itu berlaku mungkin disebabkan dia sudah terbiasa menyanyikan lagu berbahasa Inggeris ketika bekerja di kelab malam sebelum ini. Malah ada menyangka dia warganegara Filipina disebabkan penonton kekok mendengar dia menyanyi dalam bahasa Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: Sharif dan Syaiful ‘tunggang’ isu Palestin raih undi, mahu salur wang kemenangan bantu mangsa perang ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen! Garisan jahitan disangka puting payudara, Adira perjelas pakaian guna material PVC "Saya memang ada masalah lidah bergulung mungkin sebab saya banyak sangat menyanyi lagu bahasa Inggeris dekat tempat kerja dulu. Jadi lidah itu tidak terlalu Melayu sangat dengan sebutan. "Saya menyanyi pun kadang-kadnag tak keluar sangat dan saya cuba baiki... Sekarang lebih baik berbanding sebelum ini. "Kita memang fasih cakap Melayu tapi bila menyanyi memang terasa lain. Sebelum ini kalau saya menyanyi lagu Melayu pun orang ingat saya berasal dari Filipina," jelasnya. Bagaimanapun kata Tom, itu bukan bererti dia berlagak atau malu menyanyi lagu dalam bahasa Melayu cuma sudah terbiasa. Tom dan Fuad mahu terus puaskan hati juri. "Bunyi sahaja menyanyi lagu bahasa Inggeris macam gah tapi saya tak faham pun!," jelasnya. Pada minggu kelima FD3, Sharif dan Syaiful Zero kembali menjadi juara mingguan selepas memperoleh markah sebanyak 73.9 peratus sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Manakala Ryan dan Adam Bakery mendapat tempat kedua dengan markah 63.5 peratus diikuti Tom dan Fuad Rahman dengan 60 peratus. Sementara Adira dan Emma Suhaimi (54.8), Haqiem dan Ariff (51.2) dan tempat terakhir Syahir dan Shila Amzah (36.7). FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!