suria

Hilang suara! Jaclyn Victor tak boleh bercakap, terpaksa taip guna ‘handphone’ untuk komunikasi

Jac tetap tersenyum melayan soalan wartawan.

PENYANYI Jaclyn Victor mendedahkan dia mengalami masalah Laryngitis sehingga menyebabkan dirinya kehilangan suara dan sukar untuk bercakap.

Menurut pengurus yang dikenali sebagai Zulaikha, penyanyi berusia 45 tahun itu mula menyedari kesakitan pada bahagian tekak sejak Selasa minggu lalu namun masih meneruskan persembahan di minggu kelapan pentas All Stars Gegar Vaganza Ahad lalu.

Namun masalah tersebut tidak hilang sehinggalah dia sukar bercakap pada awal pagi Selasa.

WhatsApp Image 2023-11-14 at 18.25.31

Jac berkomunikasi menggunakan telefon bimbit untuk bercakap dengan pengamal media.

“Tekak dia (Jaclyn) dah mula sakit sejak Selasa minggu lepas. Dia sudah berjumpa doktor dan masih cuba juga teruskan persembahan.

“Semalam (Isnin) suaranya semakin sayup dan dia hubungi saya dan beritahu memang tidak boleh bercakap,” kata Zulaikha kepada mStar.

Jaclyn dan pengurusnya itu ditemui media secara kebetulan semasa sebuah acara diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Malah ketika ditemu bual media, Jaclyn hanya menunjukkan teks yang ditulis pada telefon bimbitnya kerana tidak mampu untuk bercakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ambil hati usikan Nabil Ahmad, Jaclyn Victor sendiri rasa busana ‘punggung’ Kim Kardashian kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor alami masalah sinus kronik, perlu jalani pembedahan untuk elak gangguan sewaktu menyanyi

Menurut Zulaikha lagi, doktor juga mencadangkan agar Jaclyn berehat sehingga suaranya betul-betul pulih dan tidak dapat dijangka tempoh pemulihan itu.

“Kalau ikut cakap doktor memang dia tak boleh menyanyi dan perlu rehat. Sampai bila, kita pun tidak tahu.

“Minggu ini pun Jac ada dua persembahan. Tak tahu lagi apa yang akan jadi. Kita tunggu sahaja. Mungkin akan dapatkan suntikan,” ujarnya.

Tambah Zulaikha masalah ini juga mungkin disebabkan Jac kurang berehat sejak menyertai ASGV.

WhatsApp Image 2023-11-14 at 18.25.31 (1)

Dalam masa sama Jac tetap terus bersemangat untuk menyampaikan lagu All I Ask untuk minggu kesembilan ASGV Ahad ini.

“Persembahan kena teruskan. Apa berlaku nanti kita tunggu, tak mungkin Jac tarik diri.

“Jac pun memang kurang rehat. Setiap kali sebelum naik pentas di selalu berdebar,” jelasnya.

Untuk info, Laryngitis adalah suatu keradangan yang menjejaskan larinks.

Ia boleh menyebabkan suara serak atau kehilangan keseluruhan suara kerana kerengsaan pada lipatan vokal (pita suara).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain