suria

Muat naik foto tempah dewan, Farisha Iris kahwin hujung 2024 selepas tamat belajar

Farisha menyangkal dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

PENYANYI Farisha Iris menjelaskan dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat susulan memuat naik foto tempahan dewan perkahwinan menerusi Instagram miliknya.

Farisha atau Farisha Asmadi, 24, berkata, dia hanya membuat tinjauan sebagai persiapan awal namun menyedari tidak mudah merancang majlis perkahwinan.

"Saya baru-tengok-tengok sahaja. Ternyata bukan senang nak buat persiapan melangsungkan perkahwinan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farisha berkata, dia merancang menamatkan zaman dara pada penghujung tahun depan dan persiapan dilakukan masih di peringkat awal.

Farisha 4

Ketika ini Farisha mahu memberi fokus kepada pengajiannya di universiti.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada pengajiannya terlebih dahulu yang dijangka selesai Januari 2024.

"Betul ada perancangan, siapa tak mahu kahwin? Tetapi bukan tahun ini.

"Saya mahu fokus menghabiskan pengajian terlebih dahulu yang dijangka tamat Januari depan manakala majlis kahwin insya-Allah hujung tahun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh punca teman lelaki putus tunang, sejak awal Farisha Iris sudah minta bukti elak jadi perampas

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dedah bekas kekasih bermula huruf N, Farisha Iris kata bukan Niezam Zaidi... “Saya main cakap je sebab nak jumpa Raisa”

Ditanya mengenai jejaka yang berjaya menambat hatinya, Farisha masih belum sedia untuk mendedahkan identiti lelaki yang dikenali sejak Mac lalu itu.

Katanya, lelaki berkenaan bukan dalam kalangan selebriti malah hubungan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

"Dia bukan orang dalam industri, kami kenal pun belum sampai setahun. Baru rapat sejak Mac lalu.

Farisha 3

Penyanyi ini akan memaklumkan jika sudah mempunyai tarikh perkahwinan.

"Sekarang ini pun belum berstatus tunangan orang, merisik pun belum,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Farisha, dia akan memaklumkan tentang hari bahagianya itu jika sudah mendapat tarikh sesuai kelak.

"Memang seronok nak kahwin, nanti kalau dah dapat tarikh saya akan kongsi. Saya akan beritahu takut nanti orang ingat saya masih single," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain