PENYANYI Datuk Nora Ariffin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas. Menurut pengurusnya dikenali sebagai Jaja memaklumkan suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli ada berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu. "Saya belum dapat melawat Datuk lagi tapi mengikut suaminya, dia dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Alhamdulillah. Suami sentiasa kongsi perkembangan terkini Nora. "Saya dimaklumkan Datuk dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa Dalam pada itu, Jaja memaklumkan penyanyi Hanya Satu itu masih lagi ditempatkan di ICU sehinggalah keadaan kesihatannya benar-benar stabil. ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin tegur segelintir pihak hina poligami di media sosial, bimbang makan diri sendiri Sebelum ini, khabar Nora dimasukkan ke hospital dimaklumkan oleh suaminya dan dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di laman Instagram pada malam Isnin. Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!