suria

Wanna Ali tahu batas dengan suami orang, elak babak sentuh Alif Satar

Wanna menjaga batas ketika berlakon dengan pelakon berstatus suami.

PELAKON Wanna Ali dan Alif Satar berjaya menghidupkan watak romantis sebagai pasangan suami isteri dalam drama Bukan Sekadar Lafaz biarpun tiada babak bersentuhan secara keterlaluan.

Kata Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 26, dia menghormati status Alif sebagai suami orang dan akur dengan prinsip yang dipegang aktor berkenaan.

Malah, setiap babak bersentuhan yang dilakonkan mereka kebanyakannya dilakukan secara berlapik.

wanna2 - 1

Gandingan Alif dan Wanna mendapat perhatian penonton.

"Saya boleh katakan kalau ada babak bersentuhan kami pasti berlapik. Saya pun tidaklah meminta Alif untuk pegang tangan saya.

"Sebagai pelakon saya tahu sempadan dan menghormatinya sebagai seorang suami. Saya tahu kalau berlakon dengan Alif memang tiada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormati dia, isteri dan prinsip yang dia pegang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang tangan atau main mata tak apa, tapi bukan aksi panas... Wanna Ali takut lakon babak ghairah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali tak jadi nikah, tiada persefahaman punca hubungan terlerai

"Lagipun di Malaysia ini terutamanya dalam industri hiburan, kalau seseorang itu sudah ada pasangan kita memang tidak digalakkan untuk melakukan babak sebegitu (berpegangan),” katanya kepada mStar.

Wanna berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz yang diadakan di The Strand, Kota Damansara, Selangor pada Isnin.

Saya tahu kalau berlakon dengan Alif memang tiada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormati dia.

WANNA ALI

PELAKON

Dalam pada itu, Wanna turut meluahkan rasa syukur apabila gandingannya bersama Alif mendapat sambutan positif daripada penonton.

Wanna berpendapat gandingan bersama pelakon hebat merupakan antara faktor drama itu berjaya memberi impak kepada penonton.

Malah, dia mengakui keserasian yang dimiliki bersama Alif menjadi sebab utama drama tersebut diterima ramai.

"Setiap kali saya berlakon drama yang baik sebenarnya yang membantu lakonan saya adalah pasangan pelakon itu sendiri.

"Saya pernah juga berlakon dengan seorang pelakon yang memang tidak memberi sepenuhnya dalam lakonan. Jadi drama itu sekadar hanya ditayangkan di televisyen dan tidak mendapat sambutan.

wanna1 - 1

Wanna akui memerlukan chemistry dalam lakonan bersama.

"Dengan Alif pula dia banyak membantu saya dari segi keserasian. Kami banyak berborak dan dari situ chemistry antara kami dapat terjalin.

"Hasilnya usaha itu berjaya dilakokan dengan baik di depan skrin (televisyen). Lakonan kita pun lebih ikhlas dan sebab itu saya rasa pasangan pelakon itu sangat penting," ujarnya.

Selain Wanna dan Alif, Bukan Sekadar Lafaz terbitan Pencil Pictures Sdn Bhd turut menampilkan lakonan Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain