suria

Pakai ‘braces’ buat Alif Satar jadi lebih kacak, tak tersinggung foto lama diketawakan netizen

Perubahan fizikal Alif menjadi bualan netizen.

SUSULAN foto lama kembali tular, penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu dia tidak tersinggung sekiranya ada peminat yang mentertawakan penampilannya sewaktu di usia remaja.

Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, foto tular itu dirakam sewaktu dia berusia 16 tahun menyertai program realiti hiburan One In A Million (OIAM).

Menurut Alif, pada waktu itu dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai penataan gaya dan hanya menurut segala permintaan pihak produksi.

Alif tidak tersinggung foto remaja miliknya kembali tular.

Alif tidak tersinggung foto remaja miliknya kembali tular.

"Gambar itu sudah tiga kali viral di media sosial.Saya sangat rapat dengan pengikut di media sosial.

"Saya rajin memberi respons kepada hantaran yang dibuat oleh peminat. Saya pun tidak tersinggung sekiranya mereka ketawakan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bakat baharu muncul tapi Alif Satar masih pilihan hero, risau penerimaan penonton lakon watak romantik

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali tahu batas dengan suami orang, elak babak sentuh Alif Satar

"Semua orang akan melalui fasa 'hodoh' masing-masing. Gambar itu ketika zaman OIAM dan saya baru berusia 16 tahun. Masih mencari gaya yang sesuai.

"Bila orang suruh pakai rantai, warnakan rambut semua saya buat. Tapi kalau sekarang nak suruh saya pakai rantai memang tidaklah," katanya kepada mStar.

Semua orang akan melalui fasa 'hodoh' masing-masing. Gambar itu ketika zaman OIAM dan saya baru berusia 16 tahun.

ALIF SATAR

PELAKON/PENYANYI

Alif berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz yang diadakan di The Strand, Kota Damansara, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia percaya setiap individu pernah melalui fasa perubahan mengikut kematangan usia.

Berkongsi tentang perubahan fizikal, Alif merasakan faktor pertambahan berat badan dan pemakaian pendakap gigi atau braces banyak mengubah penampilannya menjadi lebih baik.

"Saya rasa semua orang semakin berusia mereka akan menjadi semakin kacak. Saya rasa mungkin pemakaian braces membuatkan diri saya berubah.

Alif mengakui kematangan mengubah penampilan dirinya.

Alif mengakui kematangan mengubah penampilan dirinya.

"Semasa umur 16 tahun berat badan 45 kilogram dan sekarang sudah mencecah 72 kilogram. Jadi gambar tular itu sedikit sebanyak menjadi satu peringatan baik untuk saya,” ujarnya.

Sebelum ini, foto Alif sekitar tahun 2016 kembali tular di media sosial dan peminat membandingkan penampilannya dahulu dengan sekarang.

Tidak melatah dengan gurauan itu, Alif memuat naik foto berkenaan di Instagram miliknya dan menulis kapsyen ‘puberty’ (akil baligh) meninggalkan kesan hebat kepada dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain