suria

Suhaimi Saad meninggal dunia

Suhaimi Saad disahkan meninggal dunia pada Rabu.

PENYANYI Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.42 malam, Rabu.

Berita sedih itu disahkan oleh penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun.

“Alfatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad. Saya dapat tahu dari rakan-rakan yang berada di sana. Saya sekadar berkongsi apa yang tahu.

suhaimi 1

Suhaimi meninggal dunia selepas hampir dua minggu di hospital.

“Saya juga belum dapat maklumat terperinci. InsyaAllah saya akan update,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hafiz turut berkongsi perkara itu menerusi laman sosial miliknya.

Tambah Hafiz, jenazah akan diuruskan pada malam Rabu manakala pengebumian akan berlangsung pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “SS minta maaf zahir dan batin” - Muntah setiap kali makan, Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Allahyarham Suhaimi yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid InTeam meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bharu, Johor pada 4 November lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.

Dia menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Suhaimi juga dilaporkan kehilangan berat badan sejak dua bulan lalu kerana sering muntah.

Jenazah akan dikebumikan di perkampungan isterinya iaitu Ina Naim di Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor pada malam Rabu.

Untuk rekod, Suhaimi bernikah dengan Ina pada 12 Ogos 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Suhaimi mula aktif menyanyi pada tahun 1999 dengan menyertai kumpulan InTeam.

Pada Jun 2021, Suhaimi mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid selain tidak lagi mahu disapa dengan gelaran ustaz serta menjalankan beberapa perniagaan bagi menyara hidupnya dan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain