suria

“Niat awak untuk pisahkan kami ke?”... Fizi Ali bengang netizen DM isteri, siap ingatkan momen ‘sweet’ awal kahwin saja

Ada pihak yang kurang senang melihat kebahagian Fizi dan isteri.

PENYAMPAI radio Hot FM, Fizi Ali menyelar tindakan seorang pengikut Instagram yang meninggalkan mesej peringatan buat isterinya iaitu Nurul Zulaikha.

Kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, individu berkenaan tidak sepatutnya bercakap buruk tentang dirinya kepada isteri.

"Awak mesej isteri saya lepas itu bagi kata-kata macam ini dekat dia.

fizi ali 111

Fizi berkongsi mesej yang diterima Zulaikha.

"Ada masalah DM saya, tak perlu burukkan saya dekat isteri," katanya.

Fizi berkongsi perkara tersebut di InstaStory pada Rabu berserta tangkap layar mesej yang diterima oleh Zulaikha.

Menerusi paparan tersebut, individu berkenaan hanya meluahkan pendapat sikap romantik Fizi terhadap Zulaikha hanya sementara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak tiri Fizi Ali trauma pergi sekolah, dituduh pembuli isu tekap mulut Ameena

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha jejak anak gagal, Shakilla Khoriri tak jawab telefon... Fizi Ali mahu bawa kes ke mahkamah syariah

Bingung dengan tindakan tersebut, Fizi juga menganggap individu berkenaan sengaja mahu menimbulkan rasa kurang senang dalam hubungan rumah tangganya.

"Niat apa untuk apa? Pisahkan kami ke?" soalnya.

Sebelum itu, Zulaikha ada berkongsi momen suaminya itu tidak membenarkan dia turun daripada kenderaan ketika mereka menghantar pakaian ke premis dobi layan diri.

fizi ali 333

Fizi berjanji menjadi suami terbaik buat Zulaikha.

Tersentuh dengan sikap suaminya itu Zulaikha juga berharap Fizi tidak akan berubah dan berdoa mereka akan terus bahagia.

Membalas perkongsian isterinya itu, Fizi juga juga berjanji akan terus menjadi suami terbaik buat Zulaikha.

"InsyaAllah tidak berubah," janjinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain