suria

Beto Kusyairy kemalangan dalam perjalanan buat solat hajat, alami kecederaan ringan

Beto memaklumkan dia dalam keadaan baik.

PELAKON Beto Kusyairy hanya mengalami luka ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society Masjid Negeri di Ipoh, Perak pada Isnin lalu.

Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, berkata, imbasan x-ray yang dilakukan turut menapati tiada sebarang tulang yang patah akibat kemalangan tersebut.

"Sewaktu menghala ke Masjid Negeri di Ipoh untuk melakukan solat hajat, berlaku kemalangan melibatkan saya dan dua penunggang motosikal yang lain.

Beto 1

Beto terlibat dalam kemalangan semasa konvoi motosikal pada Isnin.

"Saya nak maklumkan dekat sini keadaan saya Alhamdulillah okay.

"Tiada yang patah, cuma ada sedikit luka-luka kecil. Kecederaan ringan sahaja," katanya.

Beto berkongsi keadaan dirinya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepatutnya sertai konvoi sama, Zahiril Adzim kongsi keadaan terkini Beto selepas terlibat kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar bintang muda berbakat besar, Beto Kusyairy nasihat usah bertindak melulu - “Jangan tinggal rekod kerja tak habis”

Sementara itu, pelakon itu juga meminta supaya orang ramai dapat mendoakan seorang lagi penunggang motosikal yang dalam keadaan parah akibat kemalangan itu.

"Saya nak mohon doakan kesejahteraan beliau semonga diberikan semangat dan kekuatan kepada dia.

"Kita beri sokongan juga kepada keluarga dia. Semoga keluarganya kuat," ujarnya.

Beto 2

Antara konvoi yang pernah disertai Beto sebelum ini.

Beto juga berpesan kepada penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya terutama pada musim hujan.

"Pesanan akhir saya, kepada rider-rider lain yang nak berjalan jauh atau nak kemana-mana, sekarang musim hujan, jalan licin. Jadi mohon berhati-hati," katanya.

Pada Isnin, Beto dilaporkan terlibat dengan kemalangan sekitar pukul 5 petang di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara ketika dalam perjalanan ke Ipoh.

Penyanyi Datuk Awie yang mengetuai rombongan tersebut mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain