suria

Kecaman seksi tak beri kesan, Fasha Sandha tetap lakukan apa disukai

Fasha tetap akan melakukan perkara yang disukainya.

PELAKON Fasha Sandha mengakui tidak pernah tergores hati membaca kecaman yang dilontarkan berhubung penampilannya yang dikatakan seksi dan menjolok mata.

Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, komen negatif yang ditujukan kepadanya itu sama sekali tidak memberikan sebarang kesan terhadap diri dan kerjayanya.

"Saya biar sahaja, tidak kisah pun sebab benda (komen) itu tidak beri kesan pun dengan hidup saya.

Fasha  1

Kecaman tidak memberikan kesan kepada dirinya.

"Saya belum rasa rimas lagi dengan netizen atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik.

"Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya kepada mStar.

Tambah Fasha, dia juga tidak pernah berbincang dengan suaminya, Aidil Aziz berkenaan komen-komen negatif dari netizen itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Susun waktu kerja tanpa bantuan pengurus, Fasha Sandha kongsi resipi kekal disiplin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Naluri keibuan jadi kacau, Fasha Sandha sekat IG kongsi kekejaman Israel terhadap kanak-kanak di Gaza

Fasha yang mengakui masih belum sempurna menutup aurat berkata, dia lebih memilih untuk mengikut kehendaknya sendiri berbanding menuruti permintaan orang lain.

"Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka.

"Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlukan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal.

Fasha  2

Fasha memilih untuk tidak mengikut kata orang lain.

"Kalau buat untuk orang lain atau bukan untuk diri sendiri, benda itu separuh jalan," ujarnya.

Tambah Fasha, kebanyakkan kecaman yang diterimanya adalah hanya berkenaan pemakaian yang dianggap seksi.

"Itu sahaja kecaman yang orang boleh bagi, bab lain orang tak boleh nak sentuh sebab bab kerja, lakonan, mereka tidak boleh nak kecam," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain