suria

Suhaimi Saad sakit sejak Ogos, Ina Naim dedah suami mahu hidup sehingga usia 43 tahun sahaja

Ina tidak menyanka kata-kata Suhaimi bagai satu petanda.

ISTERI kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mendedahkan suaminya itu pernah memberitahu dia hanya mahu hidup sehingga umur 43 tahun.

Ina atau Nordiana Mohd Naim, 39, perkara itu diluahkan sendiri oleh Suhaimi namun tidak menyangka ia menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia pada angka itu.

“Masa hidup arwah cakap memang nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja. 12 Oktober adalah ulang tahun kelahiran dia,” katanya kepada pemberita.

suhaimi 2

Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu.

Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu Johor pada pukul 7.42 malam, Rabu.

Allaahyarham sebelum itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 4 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tambah Ina, suaminya itu mula sakit sejak Ogos lalu dan keadaan semakin serius dua bulan kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “SS minta maaf zahir dan batin” - Muntah setiap kali makan, Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Malah Allahyarham juga kehilangan berat badan sebanyak 20 kilogram akibat sakit yang dialami.

“Dia mula batuk-batuk sejak Ogos namun ketika itu tidak fikir apa-apa.

“Bulan Oktober dia mula alami cirit-birit dan berat badan turun 20 kilogram,” ujarnya.

suhaimi 3

Suhaimi bersama Ina dan anak-anak mereka.

Untuk rekod, Suhaimi bernikah dengan Ina pada 12 Ogos 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Jenazah akan dikebumikan di perkampungan isterinya iaitu Ina Naim di Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain