suria

[V] “Zero mendunia guys!” - Atu kalah main badminton tapi tawan hati peminat Indonesia, rupanya memang ramai pengikut dari seberang

PELAWAK Sharif dan Syaiful Zero meluahkan rasa bangga dengan adik mereka iaitu Atu yang berjaya menambat hati rakyat Indonesia semasa menyertai pertandingan badminton Tepok Bulu 2023 di negara itu pada Jumaat lalu.

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, berkata, mereka pada awalnya tidak percaya Atu mewakili Malaysia bagi menentang artis Indonesia dalam pertandingan itu.

Walaupun adiknya itu kalah dalam perlawanan berkenaan namun gelagat Atu yang menghiburkan berjaya menarik perhatian rakyat di Indonesia.

"Mula-mula dia beritahu kami mengenai pertandingan itu kami macam tak percaya. Rupanya betul sebab dia ini kadang-kadang serius pun macam main-main.

IMG_6559

Sharif dan Syaiful simpan hasart ingin ke Indonesia.

"Itulah jiwa penghibur, letaklah di mana-mana pun. Macam Atu dia ke sana bukan sahaja bermain secara serius tapi dia pasang niat nak bonding dengan orang Indonesia.

"Walaupun kalah tapi kita sebagai abang tak rasa macam itu sebab dia dah memenangi hati peminat di sana," katanya kepada mStar.

Sharif berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam yang berlangsung pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara lagi! Sharif dan Syaiful bawa pulang RM10,000 minggu ke-6 Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sharif dan Syaiful ‘tunggang’ isu Palestin raih undi, mahu salur wang kemenangan bantu mangsa perang

Dalam pada itu, Sharif juga beharap kumpulan mereka iaitu Zero dapat menambat hati peminat di negara berkenaan.

Kata Sharif, dia juga sudah mula mengumpul pengikut dari Indonesia sejak beberapa video persembahan dan siaran langsung di Tiktok turut ditonton masyarakat negara itu.

Mereka juga tidak teragak-agak untuk menerima sebarang tawaran daripada produksi di sana demi mengembangkan lagi kejaya mereka.

IMG_6611

Persembahan dua beradik ini sekali lagi menambat hati juri.

"Ketika ini boleh dikatakan kami aktif menggunakan aplikasi TikTok dan baru kami tahu ramai rupanya peminat kami di Indonesia.

"Kalau perasan ada satu potongan klip drama yang saya berlakon menjadi tular sehinggakan mendapat tontonan lebih 16 juta. Kebanyakkan yang komen di video tersebut adalah peminat dari Indonesia.

"Bukan itu sahaja, kebanyakkan video sepanjang kami menyertai Famili Duo turut dipenuhi oleh pengikut dari Indonesia jadi Zero dah mendunia guys (sambil ketawa). Alhamdulillah, rezeki," ujarnya.

Sebelum ini, gelagat Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, menjadi perhatian ramai apabila membawa sikat, bedak dan beg baju semasa berlawan badminton di Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain