PENGARAH muzik Datuk Ramli MS berpendapat pihak yang mendesak konsert kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur dibatalkan sebagai bukan pembeli tiket.Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 56, berpendapat pelbagai perkara perlu diambil kira untuk membatalkan konsert tersebut dan ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. "Kalau cakap fasal ekonomi kita kena selidik daripada segi penjualan tiket, tempahan hotel, tiket kapal terbang dan sebagainya.Ramli berpendapat penelitian khusus perlu dilakukan sebelum membuat keputusan."Sebenarnya individu yang menggesa konsert tersebut dibatalkan adalah orang yang tak beli tiket."Ia juga melibatkan banyak pihak termasuk penaja, lokasi konsert dan sebagainya. Jadi hanya orang atasan sahaja yang boleh buat keputusan sama ada ingin terus atau batal," katanya kepada mStar.Ramli berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media ASGV minggu ke-9 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Lagi desakan batal konsert Coldplay, penganjurannya boleh undang murka AllahARTIKEL BERKAITAN: [V] Bayar RM3 juta pun Ramli MS tak mahu berlakon, kembali dalam ‘Projek Bapak-Bapak’ sebab persahabatanDalam pada itu, Ramli memberitahu dia bukan individu yang sesuai untuk menjawab tentang isu berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab."Perkara ini perlu dilihat daripada pelbagai sudut termasuk agama, tingkah laku, bisnes, budaya."Saya tidak boleh menjawab tentang isu ini kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan," ujarnya. Sebenarnya individu yang menggesa konsert tersebut dibatalkan adalah orang yang tidak membeli tiket.DATUK RAMLI MSPENGARAH MUZIKSebelum ini, Ketua Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) iaitu Dr Muhammad Alihanafiah Norasid mendesak agar penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dibatalkan.Kata Alihanafiah, penganjuran konsert berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia selain ia jauh daripada norma dan tatasusila tempatan.Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert tersebut tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!