suria

Sudah amal sejak 15 tahun lalu, Nabila Huda belanja separuh gaji berlakon beli pakaian watak dalam drama

Nabila cukup teliti dalam menghidupkan sesebuah karakter.

PELAKON Nabila Huda akan membelanjakan sebahagian wang bayaran diterima menerusi drama lakonannya untuk membeli pakaian bagi digunakan ketika penggambaran.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, kebiasaannya bayaran diminta daripada produksi turut merangkumi peruntukkan untuk membeli pakaian dan perkara itu sudah diamalkan sejak 15 tahun lalu.

"Ini adalah amalan yang saya buat sebagai pelakon sejak 2008. Saya akan belanjakan wang gaji dengan membeli pakaian untuk watak dalam TV.

nabila huda 3

Nabila melakukan persiapan sendiri untuk watak dalam drama.

"Selalunya saya akan habiskan 50 peratus daripada gaji. Ia bergantung kepada berapa jumlah saya dibayar. Saya ada bajet sendiri.

"Kalau produksi tak boleh ikut permintaan, saya akan minta mereka carikan pakaian dan saya fokus pada persembahan lakonan sahaja," katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda dituduh pencuri budaya Indonesia, individu ugut mahu culik anaknya

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tak ke dapur masak buat keluarga, Nabila Huda rasa gagal jadi perempuan

Dalam video berkenaan, Nabila turut berkongsi bagaimana dia melakukan persiapan sebelum masuk ke lokasi penggambaran sesebuah drama.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodoh Geng G, dilihat sempat keluar membeli-belah sebagai persiapan watak Julai dalam drama tersebut.

"Bila dah baca dan faham jalan cerita, saya buat break-down konti dan tentukan baju apa yang akan dipakai. Saya pilih dan susun ikut babak.

nabila huda 2

Persiapanan awal membuatkan Nabila lebih mudah mendalami karakter.

"Bukan senang nak berlakon drama. Kena berbelanja sikit untuk nampak bagus," ujarnya.

Tambah Nabila situasi itu tidak sama sekiranya dia terlibat dalam penggambaran sebuah filem di mana produksi akan menyediakan semua pakaian untuk sesuatu karakter.

Baginya persediaan yang rapi akan membuatkan dia lebih fokus untuk memberi persembahan terbaik di lokasi.

"Bukan setakat persembahan luar biasa, dari rambut sampai hujung kaki saya sediakan. Korang tinggal nak tepuk tangan sahaja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain