PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan masalah kebimbangan melampau atau anxiety dialami semakin parah sehingga dia takut menaiki kapal terbang. Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, berita tentang pesawat terhempas sebelum ini juga menjadi faktor yang menyumbang kepada ketakutannya. "Mungkin ramai tak tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anxiety semakin menjadi-jadi... Tambahan pula ketika itu banyak berita tentang pesawat terhempas. Shiha turut meminta pandangan ramai bagi mengatasi masalah yang dialami. "Sekarang ini terbayang kapal terbang pun rasa berdebar," katanya. Shiha berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Menerusi hantaran yang dimuat naik, dia juga berkongsi perbualan dengan seseorang yang mengundangnya mengadakan persembahan pentas di Kuching, Sarawak. ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula... “Rasa puas dapat kongsi rezeki” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalam’ kisah Shiha Zikir tergores hati dengan rakan artis dianggap sahabat, sampai kena serangan panik Shiha juga memaklumkan banyak tawaran kerja yang terpaksa ditolak sekiranya memerlukan dia perlu menggunakan pengangkutan udara. "Saya fobia kepada laut. Selalu terbayang kapal terbang terhempas jatuh laut. "Banyak kerja yang saya tidak ambil kalau perlu naik pesawat," ujarnya. Shiha sendiri tidak tahu punca masalah yang dialami menjadi semakin teruk. Tambahnya dia juga tidak pasti punca sebenar masalah tersebut sedangkan sebelum ini sering menggunakan menaiki pesawat termasuk ketika dia aktif membuat persembahan di Indonesia. "Sebelum ini setiap minggu ulang-alik ke Indonesia dan bercuti ke mana-mana. Inilah sebabnya saya sudah lama tidak ke Indonesia dan ke tempat yang memerlukan naik pesawat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!