PENYANYI Aliff Aziz enggan menjadikan masalah kesihatan yang dialaminya sebagai alasan dia gagal memberikan persembahan terbaik sehingga namanya diumumkan tersingkir pada minggu suku akhir program All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Kata Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, meskipun sudah tiga minggu berdepan masalah tersebut namun dia tetap mencuba menyahut setiap cabaran di pentas berkenaan. "Sebenarnya sudah tiga minggu saya berdepan dengan kepayahan disebabkan masalah kesihatan. Ini adalah fasa dalam perjalanan kerjaya dan saya tidak mahu orang katakan masalah kesihatan sebagai faktor tersingkir. Aliff akur tersingkir di peringkat suku akhir ASGV. "Sebagai seorang peserta ASGV, tugas saya bukan hanya untuk menyanyi. Malah menjaga kesihatan juga adalah satu tanggungjawab. Sebab itu saya tidak mahu perkara ini dijadikan alasan. "Namun dalam soal kesihatan ini kita tidak boleh nak tentukan. Segala persiapan adalah terletak pada bahu peserta itu sendiri," katanya kepada mStar. Nama Aliff diumumkan tersingkir dalam acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan banyak kesalahan, Aliff Aziz tersingkir suku akhir All Stars Gegar Vaganza ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak puas hati masih kekal di GV... Aliff Aziz minta fikir dulu sebelum tulis komen, ingat akhirat Aliff menyampaikan lagu berjudul Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee). Tambahnya dia masih lagi mengambil ubat antibiotik dan mendapatkan suntikan steriod bagi mencairkan kahak yang tersumbat. Segala persiapan adalah terletak pada bahu peserta itu sendiri. ALIFF AZIZ PENYANYI "Saya juga berjumpa pakar apabila masalah ini tidak juga hilang selepas berjumpa doktor tiga minggu lalu. Jadi sekarang saya masih mengambil antibiotik dan steriod. "Selepas ini saya akan ambil masa rehat untuk betul-betul sembuhkan masalah suara ini sebelum kembali aktif bekerja seperti biasa," ujarnya. Pada malam tersebut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS memberitahu Aliff banyak membuat kesilapan ketika menyampaikan medley lagu berkenaan. Aliff mahu ambil tempoh rehat sebelum kembali aktif bekerja. Menerima dengan hati terbuka, Aliff juga menganggap penyingkirannya pada minggu suku akhir adalah satu hikmat terbaik buat dirinya. "Saya terima semua komen yang diberikan dan pastikan akan buat analisis setiap kali selesai membuat persembahan. "Memanglah berhajat untuk menyanyi di peringkat separuh akhir dan akhir, namun saya percaya rezeki saya hanya sampai di sini sahaja. Ada hikmah dalam penyingkiran ini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!