MINGGU suku akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan penyanyi Aliff Aziz diumumkan sebagai peserta tersingkir pada pertandingan yang berlangsung pada malam Ahad. Aliff yang menyampaikan lagu Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee) gagal mendapat perhatian juri profesional. Ketua juri, Datuk Ramli MS menyifatkan Aliff melakukan banyak kesilapan dalam nyanyian dan persembahannya lebih baik ketika sesi latihan. "Banyak kesalahan... Banyak melodi tak sampai. Rehearsal lebih bagus," katanya. Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan selepas namanya diumumkan tersingkir, Aliff memberitahu ASGV akan menjadikan karier nyanyiannya akan terus bertahan selepas ini. "Macam-macam sudah saya lalui dan kerjaya seni saya akan terus menyinar," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Shila Amzah terganggu menjelang separuh akhir Famili Duo 3, kongsi petikan tentang penjagaan mental ARTIKEL BERKAITAN: Guna perkataan 'kami' bukan bakal timang anak, Haqiem Rusli akan maklum jika isteri hamil Selain Ramli, ASGV juga diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. Sementara itu, Naqiu yang menyampaikan lagu Bol Radha Bol (Mukesh) dan Alah Emak Kahwinkan Aku (Zainorin Ms Dom) berjaya menduduki tempat pertama pada acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pada awal konsert, Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Generasi Juara manakala Naqiu pula membawa pulang Anugerah Bintang Cuckoo Gempak. ASGV dikendalikan oleh pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!