PENYANYI Shila Amzah tidak melihat penyingkiran dia dan adiknya iaitu Syahir Amzah menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad sebagai kifarah susulan persengketaan yang berlaku dengan keluarganya. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, masyarakat tidak berada ditempat mereka untuk membuat penilaian sedemikian dan menasihati agar menjaga setiap kata-kata yang dilontarkan kerana bimbang akan berbalik kepada diri sendiri. "Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya. Shila menerima penyingkiran di FD3 dengan hati terbuka. "Saya tidak kisah netizen mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza. "Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada percakapan sembarangan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Sharif dan Syaiful 'intai' gelaran juara Famili Duo 3, mahu sumbang wang kemenangan kepada mangsa perang di Gaza ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman 'buang' maruah penyanyi rock demi Tom, enggan isteri banyak gerak di atas pentas FD3 Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. Dalam pada itu, Syahir pula memberitahu keluarga mereka terutama ibu bapanya masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program berkenaan. Kita kena jaga mulut daripada bercakap sembarangan. SHILA AMZAH PENYANYI Malah kata Syahir, dia juga menjadi orang tengah bagi menyampaikan mesej diterima daripada keuarga kepada Shila. "Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi doakan yang terbaik sepanjang kami bertanding. "Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila. Saya hanya melunaskan tugas sebagai adik," jelasnya. Shila dan Syahir gagal ke peringkat akhir FD3. Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalu keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual. Shila menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman. Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!