PENURUNAN berat badan Hafiz Suip sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi kesan kepada kualiti persembahan secara langsung di atas pentas. Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, berkata, meskipun badannya semakin ringan namun pergerakannya di atas pentas semakin terbatas berbanding sebelum ini. "Selepas saya kurus memang ada perubahan dalam persembahan saya. Perubahan dari segi pergerakan saya lebih terbatas. Hafiz memberitahu vokalnya masih berada dalam keadaan baik. "Kalau dulu masa berisi, saya boleh terkinja-kinja di atas pentas. Saya boleh terjun pentas, guling-guling dan melompat. "Tetapi sekarang ini saya perasan, saya sudah kurang aktif tak seperti dulu," katanya kepada mStar. Bagaimanapun, ketika ditanya adakah ia turut memberi kesan kepada kelunakan suaranya, Hafiz menidakkan perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau ikut cara lama tak menjadi”... Hafiz mengaku ‘marketing’ warna rambut hijau berjaya naikkan nama ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip selongkar FB jurulatih peribadi cari gambar bersenam, tunjuk bukti punca badan kurus Menurut penyanyi lagu Awan Nano itu, setakat ini suaranya masih kekal sama dan tidak berubah walaupun tubuhnya semakin kecil. "Suara saya Alhamdulillah tiada kesan. Masih sama sebelum ini," ujarnya. Hafiz aktif melakukan senaman di gim menyebabkan dia kurus. Sebelum ini, penurunan berat badan mendadak Hafiz sering kali menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang tergamak melemparkan tuduhan jahat kepadanya. Bagaimanapun, Hafiz berkata penampilan kurusnya itu adalah disebabkan dia aktif bersenam di gim dan bukannya disebabkan perkara lain. Bagi membuktikan perkara itu, Hafiz sanggup mencari gambar lama di Facebook milik jurulatihnya yang menunjukkan dia sedang gigih bersenam di gim.